+60 111-684 0717 BLOG PENULISAN ZUL FATTAH

Khamis, 22 Mac 2012

Lawakkan, Kalau Diri Kita Ini Seorang Munafik..?

12:06:00 PG

Share it Please
Assalamualaikum wbt..
Wahai sahabat² seagama denganku .. Tolonglah ambil masa 3 minit untuk baca note ini . 3 minit je, tak lama pun ..

Mungkin ada yg pernah baca kisah ni tapi tak salah kalau kita ingatkan sekali lagi .. Dengan Nama ALLAH yg Maha Pemurah lagi Maha Pengasih … Bayangkan benda ini berlaku pada anda ..

Suatu hari pada masa Sembahyang jumaat yg di hadiri oleh lebih kurang 1,000 jemaah .. Tiba² masuk dua orang lelaki yg menutupi seluruh tubuhnya dengan pakaian hitam .. Tak nampak apa cuma dua biji mata and membawa mesin gun .. Lalu salah seorang lelaki tu bertempik “ Sesiapa yang sanggup MATI kerana ALLAH sila berdiri di tempat kamu ” .. Selepas mendengar amaran lelaki itu maka segeralah bertempiaran lari para jemaah itu utk menyelamatkan diri .. Daripada jumlah yg 1,000 tadi tu hanya tinggal lebih kurang 50 orang sahaja yang masih berdiri di tempat masing² termasuk Pak Iman tu .. Lelaki yang bertempik tadi segera membuka tutup mukanya lalu melihat ke arah Pak Imam sambil berkata “ Ok Pak Iman , saya dah halau SEMUA yang hipokrit , sekarang bolee lah Pak Iman mulakan sembahyang Jumaat ” .. Lalu kedua lelaki tersebut berpaling dan meninggalkan jemaah ..

Macam mana .. Adakah anda rasa lawak dgn cerita di atas .. Selain terhibur anda fikirkanlah …

“ Lawakkan , dari 1,000 orang yg mengaku dia Islam , hanya 50 yg betul-betul BERIMAN … “

“ Lawakkan berapa banyak manusia yg mudah lupakan ALLAH bila menghadapi bahaya .. Kedua lelaki hanya membawa mesin-gun .. Dia tak kata pun nak bunuh .. Tapi generasi sekarang .. Amat lemah .. Baru kena ugut terus lari lintang pukang .. Lupa yg dia tak sembahyang jumaat lagi .. ”

“ Lawakkan , ada juga yang agamanya cuma seminggu sahaja .. Tu pun bila time sembahyang jumaat .. Tunjuk muka kat orang kampung .. Ada tu lagi dashyat setahun 2 kali jaa .. Bila time sembahyang raya .. ”
" Lawakkan , ramai orang percaya kepada gosip dan apa yang di tulis oleh surat khabar daripada apa yang tercatit dalam al-Quran ”

“ Lawakkan , berapa ramai yg percaya dunia hanya sementara , akhirat adalah tempat yang kekal , tapi berlumba² mengejar dunia .. ”

renung.. renungkan.. 

17 comments:

  1. Tugas kita sebagai khalifah untuk memberi penerangan kepada yang masih belum tahu.. :D

    BalasPadam
  2. cerita nie memang kelakar
    tapi membawa maksud tersirat disebaliknye
    hehee :D
    so,kita kene teguhkan iman la dah zaman sekarang,macam2 godaan ader :D

    BalasPadam
  3. memang lawak... tp dlm masa yg sama terasa sedih...

    BalasPadam
  4. cerita lawak yg bnyk pengajaran dan maksud tersirat

    BalasPadam
  5. assalamualaikum zul....moga kita akan menjadi seseorang yg benar2 berimankan...:)

    BalasPadam
  6. lawak, tp terkena dgn diri sendiri...
    mari kita muhasabah diri semula...

    BalasPadam
  7. salam;
    maknanya umat islam sekarang masih memerlukan bimbingan dan panduan banyak yang telah hanyut dan tersasar....

    BalasPadam
  8. lawak bila kita kejar dunia, tapi semuanya tak kekal..

    manusia mudah leka, so kena ingatkan diri tiap2 hari...

    BalasPadam
  9. assalamualaikum zul...


    ak pernah baca kisah ni,memang kalau matinya kerana Allah takkan takut dgn benda macam ni...kita hari ini lemah...

    BalasPadam
  10. dh bace cerita ni...tu lah..bunyi cm klaka tp bila difikirkn blk..kalaulah kite yg berda dlm situasi mcm tu..ape agknya tindakan kita ek??

    BalasPadam
  11. sy pernah buat n3 ni..kat fb pun dah kuar..mmg lwk, tp yg sebeno nye lawak ke?? mcm2 pendapat..mungkin dorang takut,panic,atau tersalah dgr kot..apa pun amik lah pengajarannye kan...

    BalasPadam
  12. entri yg sgt bguna :)
    dah follow cni ^^

    BalasPadam
  13. okay fine..memang lawak..
    apa2 pun jagalah iman kita :D
    pokok pangkal adlh dari hati..hati suci bersih..In sha Allah..yg lain2 mesti ok :)

    BalasPadam

Terima Kasih :D