Selasa, 13 Mac 2012

Gadis Pelik dan Ganjil Ditemui di Malaysia..???



Sekrang ni, ramai yg merasa pelik dgan keadaan dunia ni.. Banyak perkara ganjil yg kita sangkakan!!!.. dan perkara yg dahulunya menjadi kebiasaan bagi manusia, kini menjadi smakin ganjil dalam hidup kita.. Pernah tak korang fikirkan? dan Apa perasaan korang bila dikatakan korang ini, ganjil? 

-Gadis melayu berniqab, ganjil?
-Gadis melayu menutup aurat sepenuhnya, ganjil?
-Gadis melayu melabuhkan tudung menutupi dada mereka, ganjil?
-Gadis melayu mengenakan pakaian longgar dan besar, ganjil?
-Gadis melayu malu untuk keluar bersama bukan mahram, ganjil?
-Gadis melayu pakai stoking kaki ke mana-mana walau mandi bersama kawan-kawan di laut, ganjil?
-Gadis melayu pakai stoking tangan walau dah mengenakan t-shirt lengan panjang, ganjil?
-Gadis melayu meninggalkan orang yang sedang gosip dan mengata orang lain walaupun yang sedang mengata itu kawan baiknya, ganjil?
-Gadis melayu tidak mengenakan mekap berlebihan, ganjil?
-Gadis melayu tidak memakai perfume kecuali sekadar sangat sedikit dan tidak terhidu orang lain, ganjil?
-Gadis melayu tak 'couple' sebelum nikah, ganjil?
-Gadis melayu tak materialistik dan memilih kehidupan untuk taat kepada agama, ganjil?
-Gadis melayu ganjil?

Sabda Rasulullah s.a.w: 
“Islam bermula sebagai sesuatu yang dianggap asing dan ganjil. Dan ia akan kembali sebagaimana permulaannya, dianggap asing dan ganjil. Maka, beruntunglah orang-orang yang ganjil”
(H.R. Muslim)

Pandangan orang lain, itu tak penting girls, yg penting diri kita ni, berada di jalan mana? Jalan ke Syurga @ ke Neraka...

sumber : idea asal oleh Tajim dan diubah utk kesesuaian blog..

23 ulasan:

  1. thanks zul...baru je bincang ngan kawan psl perkara ni...nk pakai purdah tpi takut org mengata...mulut manusia kan...x bleh nk tutup pun...Qaseh doa Qaseh jadi salah seorang yg 'ganjil' di akhir zaman nie insyallah...

    BalasPadam
  2. kalau risaukan sgt pndgn orang..semua benda pun akn nmpk ganjil =)

    #lama ilang?haha

    BalasPadam
  3. sekarang juga apa yg halal diharamkan..apa yg haram dihalalkan..hmm~

    BalasPadam
  4. teringin nak berada di kalangan yg ganjil mcm ni..moga2 diberi kekuatan itu 1 hari nanti :)

    nice entri dik...suka sgt!!

    BalasPadam
  5. tak ganjil pon.please jangan pandang kami ganjil :)

    BalasPadam
  6. bila otak sudah di jajah yahudi..

    bkn setakat org anggap ganjil.

    menjauhkan diri dr org ganjil ini pun ada..

    kesian org ganjil..

    tapi orang ganjil itu harus teguh pendirian,buat kerana Allah..

    selesai.

    BalasPadam
  7. dunia semakin maju tp manusia semakin ke belakang..

    btw follow sini.. jom ke blog saya..

    BalasPadam
  8. Biasalah kan.. Kalau dok hari2 tengok yang ketat bila jumpa yang berbeda sedikit mulalah perasaan ganjil timbul... Nway, suka tgk perempuan pakai niqab..

    BalasPadam
  9. ganjil x sy?? huhuuu...
    janj x ganjil di mata Allah

    BalasPadam
  10. aku nak jadi salah seorang perempuan ganjil neh..=)

    BalasPadam
  11. perempuan ganjil kah ak?? huhu (=.=")

    BalasPadam
  12. sedih kan
    jadi cm pelik lak
    yg sepatotnye pelik x jadi pelik plak
    jadi kebanggaan
    huhuhuhu

    BalasPadam
  13. bini pm x pakai tudung, x pelik plak..

    oppsss~~
    heee...

    BalasPadam
  14. salam;
    yap!..betul,nampak ganjil bila bila sorang dua je yg taat..nampak tak ganjil bila ramai yang ikut.

    BalasPadam
  15. lepas ni buat yg lelaki ganjil pulak.. pompuan ganjil ni susah nak carik..tukang cuci kat opis ni pun pakai perfume sampai pening kepala kami..dari jauh da bau... huu..

    BalasPadam
  16. saya nak jadi gadis yang ganjil itu... hurm...insyaAllah...

    BalasPadam
  17. Salam.

    Memang dah tertulis, golongan yang masuk syurga di akhir zaman ni golongan yang sedikit. Mampu ke nak jadi golongan yang sedikit?

    BalasPadam
  18. nice bro.ganjil biar pada tempatnya.

    jangan masuk clubbing teguk air setan berhijab sudahlah.ganjil juga tu. ;)

    BalasPadam
  19. Gadis melayu yang bertudung kemudian masuk toilet shopping complex bukak tudung n tukar baju pakai sleeveless - trend katanyerrr

    BalasPadam

Terima Kasih :D

Another Source

JANGAN TERTIPU dengan tulisan-tulisanku..kerana itu BUKAN PENGUKUR IMAN seseorang, JANGAN TERTIPU dengan tulisan-tulisanku.. kerna aku hanyalah seorang MANUSIA BIASA yang masih lagi dalam proses MENCARI kemilau CAHAYA ISLAM. BERUSAHA menjadi UMAT yang SOLEH dan bukan bermaksud aku adalah manusia sempurna..tapi melalui tulisan-tulisanku ini, aku berusaha MENCARI REDHA ALLAH dan MEMPERBAIKI DIRI untuk menjadi yang TERBAIK, InsyaAllah..!!

TIDAK AKAN BAIK suatu PERKATAAN melainkan dengan perbuatan, dan tidak akan baik suatu perkataan dan PERBUATAN melainkan dengan niat, dan tidak akan baik suatu perkataan, perbuatan dan NIAT melainkan dengan SUNNAH..