Subscribe:

Ads 468x60px

-

Isnin, 5 Mac 2012

APA YANG ANDA TAK TAHU TENTANG SEORANG AYAH


Mungkin ibu lebih kerap menelefon utk menanyakan keadaan kita setiap hari..Tapi tahukah kita, sebenarnya ayahlah yang mengingatkan ibu untuk menelefon kita?

Semasa kecil, ibu lah yg lebih sering mendukung kita..Tapi tahukah kita bahawa sebaik saja ayah pulang bekerja dengan wajah yang letih ayahlah selalu menanyakan apa yg kita lakukan seharian

Saat kita sakit@demam, ayah sering membentak "sudah diberitahu! jangan minum ais!".Tapi tahukah kamu bahawa ayah sangat risau.??

Ketika kita remaja, kita meminta izin untk keluar malam. Ayah dengan tegas berkata "tidak boleh!"..Sedarkah kita bahawa ayah hanya ingin menjaga kita? Kerana bagi ayah, kita adalah sesuatu yang sangat berharga.

Saat kita sudah di percayai, ayah pun melonggarkan peraturannya. Maka kita telah melanggar kepercayaannya...Maka ayah lah yang setia menunggu kita di ruang tamu dengan rasa sangat risau..

Setelah kita dewasa,ayah telah menghantar kita ke sekolah@kolej untuk belajar..
Di saat kita memerlukan ini-itu, untuk keperluan kuliah kita, ayah hanya mengerutkan dahi.tanpa menolak, beliau memenuhinya..Saat kamu berjaya..Ayah adalah orang pertama yang berdiri dan bertepuk tangan untukmu..Ayah akan tersenyum dengan bangga..

Sampai ketika jodoh kita telah datang dan meminta izin untuk mengambil kita dari ayah..Ayah sangat berhati-hati mengizinkan nya..Dan akhirnya..Saat ayah melihat kita duduk di atas plamin bersama pasangan nya..ayah pun tersenyum bahagia..

Apa kita tahu,bahawa ayah sempat pergi ke belakang dan menangis?

Ayah menangis kerana ayah sangat bahagia..Dan dia pun berdoa "Ya Tuhan, tugasku telah selesai dgn baik..Bahagiakan lah putra putri kecilku yg manis bersama pasangannya"..

Setelah itu ayah hanya akan menunggu kedatangan kita bersama cucu-cucunya yg sesekali dtg untuk menjenguk..Dengan rambut yg memutih dan badan yang tak lagi kuat untuk menjaga kita..

sumber : FB 

so moral of the story : hargailah ayah dan ibu korang sementara diaorg masih hidup lagi.. Berdoalah utk kebahagiaan mereka di dunia dan akhirat... 

14 comments:

Juwita Afifah berkata...

Sedihnye! =((

Rindu ayah.

blog-tips-kurus berkata...

bapak saya garang! :-)

AmirFX berkata...

Bapak gua salu cari gua kalau gua lambat balik kerja.. :D

SumeSakan berkata...

huu sayu lak baca....tetiba timbul kerinduan di kalbu...adoiii

biela bell berkata...

kadang aku selalu jeles dgn adik aku. macam ayah aku syg kat dia lebih. erkk.mybe sbb dia pndai masak.HAHA. tapi ayah aku cakap tak pun. sampai aku nak balik ukm nie naik motor pun dia follow aku dari belakang. risau giler kat aku eventhough aku cakap tak payah, aku boleh balik sndiri. Pastu even dah umor 20-an. still ayah aku lyn aku cam budak kecik. b4 tido, dok belai2 aku, selimutkan aku, cium aku. terasa dimanja giler kan. HAHA.! aku tak mintak sume tu tpi ayh aku ttap bagi. kasih syg mak ayah la paling berharga :')

*SiRibenMerah berkata...

yes I will...

yusuflaili(Goku) berkata...

salam;
entry terbaik!!..

PeRmAtA bIrU berkata...

hurm... sedih... saya sayang ayah saya... dulu dah pernah baca artikel nih... menangis terus...

zeehan berkata...

ok. homesick. salah kau la ni. T__T

~CAHAYA~ berkata...

terharu bace....

memg btol la sy perhati ayh sy pn lbh kurg cmtuh

msredcheesecake berkata...

bila dah jadi mak ayah baru tahu....

Fuhpixel berkata...

terima kasih share.. sebagai peringatan.. best baca

maszull berkata...

assalamualaikum zul...sedih bila membacanya.... tangisan seorang ayah tidak akan dpt kita lihat secara normal mereka akan hanya menangis di dlm hatinya saja tanpa menitiskan air mata....begitulah kecekalan hati seorang lelaki yg dipanggil ayah...:)

EyqaLuvender berkata...

aku rindu ayah aku... =(

Advertlets

Another Source

JANGAN TERTIPU dengan tulisan-tulisanku..kerana itu BUKAN PENGUKUR IMAN seseorang, JANGAN TERTIPU dengan tulisan-tulisanku.. kerna aku hanyalah seorang MANUSIA BIASA yang masih lagi dalam proses MENCARI kemilau CAHAYA ISLAM. BERUSAHA menjadi UMAT yang SOLEH dan bukan bermaksud aku adalah manusia sempurna..tapi melalui tulisan-tulisanku ini, aku berusaha MENCARI REDHA ALLAH dan MEMPERBAIKI DIRI untuk menjadi yang TERBAIK, InsyaAllah..!!

TIDAK AKAN BAIK suatu PERKATAAN melainkan dengan perbuatan, dan tidak akan baik suatu perkataan dan PERBUATAN melainkan dengan niat, dan tidak akan baik suatu perkataan, perbuatan dan NIAT melainkan dengan SUNNAH..