Ahad, 11 Mac 2012

20 Fakta Menarik Mengenai Lelaki.


1.Sebenarnya Lelaki tidak mencari wanita yang cantik, yang dicari adalah wanita yang sejuk hati melihatnya dan mempesona. (Untuk itu, dia selalu meminta Anda berdandan. Bukan kerana dia mata keranjang, tetapi mereka ingin Anda terlihat mempesona).

2. Lelaki sangat benci dikhianati. (Walau mereka egois, keras, dan kuat, tetapi mereka adalah makhluk yang lemah).

3. Ketika saat ini dia menyukai Anda, beberapa saat kemudian, dia lupa dan malah asyik bersama kawan-kawannya. (Hal ini adalah wajar, tetapi bukan bererti Anda tidak pernah ada di hatinya).

4.Dalam sehari, dia akan sibuk bermain dan menjalani aktivitinya bersama kawan-kawannya. Tetapi percayalah,ketika dia bersiap hendak tidur, Anda selalu ada di dalam fikirannya. (Dan percayalah, mereka suka senyum-senyum sendiri saat membayangkan betapa cantiknya Anda hari ini).

5.. “Awak sedang buat apa?” atau “Dah makan belum?” adalah ayat yang paling selalu diucapkan oleh lelaki ketika di telepon. (Mereka memang bukan makhluk yang pandai berbasa-basi, tetapi mereka sungguh ingin tahu semua hal perkara tentang Anda).

6. Jika seorang lelaki benar-benar mencintai Anda, dia akan menerima Anda apa adanya. Tak peduli Anda gemuk, hitam atau berjerawat. (Mereka mungkin akan memberi nasihat pada Anda untuk diet ketika Anda merasa gemuk, tetapi mereka tulus mencintai Anda).

7. Lelaki sangat tergila-gila ketika melihat senyuman Anda. (Untuk itu jangan memelihara muka yang masam di wajah Anda, tersenyum dan buatlah dia semakin terpesona).

8. Lelaki akan melakukan apa saja untuk menarik perhatian Anda. (Termasuk menceritakan kisahnya kepada bekas kekasihnya, walau terkadang hal ini tidak perlu diceritakannya pada Anda).

9.Jika lelaki ingin bertemu dengan orang tua Anda, jangan ragu dan malu. Dia serius dengan Anda!.

10. Lelaki ingin selalu berbagi semua hal dengan Anda, namun terkadang dia tidak boleh mengungkapkan semua hal dengan baik. (Untuk itu, jangan paksa dirinya bercerita jika memang dia belum siap untuk bercerita kepada anda).

11. Sesekali, lelaki menangis. (Semua bayi, lelaki mahupun wanita menangis, dan lelaki dewasa juga memiliki rasa sedih, ketika mereka kecewa dan sedih, mereka pun boleh menangis seperti Anda. Berikan pelukan dan sokongan padanya,kerana Anda ada untuknya).

12. Jangan berusaha membuat lelaki marah,kerana mereka adalah makhluk tuhan yang mudah marah.

13. lelaki adalah makhluk simple, mereka bukan tipikal yang selalu berharap dan berandai-andai.

14.Saat Anda membuat seorang lelaki jatuh cinta, selamanya dia tidak akan pernah boleh melupakannya. (Untuk itu boleh dikatakan lelaki lebih lemah dan susah melupakan dibanding wanita).

15. Jangan pernah berkata padanya, “Mmhh…….lupakan jelah” kerana hal ini akan membuat dia bertanya-tanya dan bahkan curiga pada Anda. (Seperti halnya wanita, mereka juga makhluk yang sensitif dan mempunyai rasa ingin tahu).

16. Lelaki tidak akan pernah boleh tidur, jika dengan perlahan Anda mengusap belakangnya. Dan membelai lembut kepalanya. (Percayalah, jika Anda melakukan ini pada kekasih Anda, maka ia akan terus menerus merindukan Anda).

17. Lelaki selalu memiliki cara untuk memuji Anda (baca: merayu Anda).

18.Jika Anda berkata tidak, yang ada di dalam pikiran lelaki adalah “Akan aku cuba lagi” (Masih ingat kan saat dia meminta Anda menjadi kekasihnya?).

19. Anda tidak akan pernah boleh membuat lelaki memahami dalam sekali bual saja. Mereka makhluk yang cerdas, tetapi terkadang susah bagi mereka untuk memahami Anda. (Begitulah lelaki menyebut wanita sebagai makhluk yang susah dipahami).

20.Lelaki sangat menyayangi ibunya.

HANYA SEKADAR RENUNGAN BERSAMA

sumber : FB

19 ulasan:

  1. like this entry...byk tu 20 perkara...simple but nice...

    BalasPadam
  2. wow...perkongsian yang menarik...

    lelaki juga suka tidur.... huhuhu...

    BalasPadam
  3. tersenyum sorang2 aku bca fakta2 nih hahaha

    BalasPadam
  4. tersenyum sorg:)huhu...thanks kongsi fakta yang sangat2 menarik...memang semua tuh betul..huhu..

    BalasPadam
  5. lelaki datang menjenguk... seronok membaca fakta tentang diri sendiri... setuju dan bertuju-tuju lagi..

    #########

    http://thetimelines2u.blogspot.com/2012/03/entry-ringkas-tegur.html

    Founder of Gerila Penulisan Kreatif datang singgah MENEGUR kamu... sudi-sudilah ke tempat kita ya... berbesarlah hati kita dengan kunjungan orang di sana... komen la di ruangan komen yang ada tu... tinggal la jejak di chat box kat bawah tu... kalau sudi...

    p/s: Klik la pada button 'like' pada Fan Page Blog TheTimelines... Agar saya lebih mempunyai kekuatan, dari sokongan-sokongan orang-orang macam kamu..

    BalasPadam
  6. ehemmm
    p/s:adakah anda mempunyai ciri2 spt di atas?hehe

    BalasPadam
  7. Lelaki sangat menyayangi ibunya. ^^

    BalasPadam
  8. if women are the complicated creature, men are simple creature. that's why they're complete when they're together~ :)

    BalasPadam
  9. aku dah pernah baca pasal benda ni..

    BalasPadam
  10. betul n setuju!

    p/s tambah la lh...

    BalasPadam
  11. ok,sgt menarik..hehehe
    suke yang no 20 :)

    BalasPadam
  12. no.9 bila lah tu kn? hurmm

    BalasPadam
  13. setengah bleh d'trime..but ade yg mcm kureng tepat sikit..hehe..but semua org ade pndangan sendiri..

    BalasPadam
  14. ye ke lelaki begitu...hehehe

    BalasPadam
  15. assalamualaikum zul...seronok baca n3 ni tersenyum sendiri ..:)

    BalasPadam

Terima Kasih :D

Another Source

JANGAN TERTIPU dengan tulisan-tulisanku..kerana itu BUKAN PENGUKUR IMAN seseorang, JANGAN TERTIPU dengan tulisan-tulisanku.. kerna aku hanyalah seorang MANUSIA BIASA yang masih lagi dalam proses MENCARI kemilau CAHAYA ISLAM. BERUSAHA menjadi UMAT yang SOLEH dan bukan bermaksud aku adalah manusia sempurna..tapi melalui tulisan-tulisanku ini, aku berusaha MENCARI REDHA ALLAH dan MEMPERBAIKI DIRI untuk menjadi yang TERBAIK, InsyaAllah..!!

TIDAK AKAN BAIK suatu PERKATAAN melainkan dengan perbuatan, dan tidak akan baik suatu perkataan dan PERBUATAN melainkan dengan niat, dan tidak akan baik suatu perkataan, perbuatan dan NIAT melainkan dengan SUNNAH..