+60 111-684 0717 BLOG PENULISAN ZUL FATTAH

Ahad, 19 Februari 2012

Istimewa Hubungan Harmoni di Dalam Keluarga

12:25:00 PTG

Share it Please

Setelah sekian lama, blog ini tidak diisi dengan bacaan yg berilmu dan asyik bercerita pasal diri aku je.. mesti korang dah rasa muak @ mual kan? Haha.. 

Aku ingin menyentuh sedikit pasal hubungan ibubapa dengan anak-anak.. Korang semua pasti tahu ini adalah hubungan kekeluargaan.. dan hubungan harmoni antara anak dan ibu bapa mampu melahirkan modal insan yg berjaya dari segi sahsiah dan intelektual.. Tapi korang sedar tak? masih ada di antara kita yg tercicir dalam hubungan ini..

Melalui pengalaman dan pemerhatian aku sepanjang aku mengembara la.. Aku lihat hubungan anak dengan ayah@ keluarga begitu renggang sekali... Anak dengan hidup mereka masing-masing dan ibubapa dengan hidup mereka masing-masing. LOL.. pernah aku terfikir, Kenapa jadi macam ni? Ini semua salah siapa?

Sebagai contoh : Sahabat aku, dahulunya dia bijak dan pandai.. tapi disebabkan hubungan dia dgn ayahnya, ibu kandungnya serta ibu tirinya yg goyah, akhirnya dia sekrang merempat di tempat org. Sungguh sedih aku lihat pecakapan dia dgan ayahnya.. kedua-duanya kasar dlm percakapan..

Golongan tua dan berumur ni, sebenarnya bukanlah mahukan harta yg melimpah, tetapi kasih sayang dari anak-anak.. Tapi anak-anak sekarang tidak ada masa utk semua itu, mereka lebih sibuk bekerja dan bila cukup bulan gaji, hantar duit pada mak ayah..  Padahal anak dengan ibubapa tinggal dlam area yg sama je, tapi utk berjumpa seminggu sekali pun susah.. Apa hal ni?

Bila ayah mereka sakit dan ditahan di wad hospital, sibuk nak suruh org lain jaga.. Apasal nak bagi upah org lain jaga pulak..? Jagalah sendiri, begilir2.. bukan susah pun. Adik beradik lain ada 7 orang nak jaga ayah sorang pun susah ke?

Hubungan antara anak dan ibu bapa bukan hanya setakat bertanya khabar melalui telefon, bercakap dengan bahasa yg lembut ttpi merangkumi sentuhan kasih sayang dari kedua belah pihak.. Oleh itu hargailah kedua org tua kita selagi mereka masih hidup.

Sekadar nasihat utk diri aku sendiri dan pembaca semua, agar kita menilai hubungan kekeluargaan itu dgan lebih mendalam.. Hubungan yg baik, mampu membuahkan hasil yg baik.. 

p/s : semua ini berdasarkan pemerhatian aku sahaja, 

15 comments:

  1. Assalamualaikum Zul

    untuk nasihat kpd saya juga

    terima kasih

    BalasPadam
  2. Pengisian yang baik, institusi kekeluargaan terbaik jika diambil ibrah dari sirah nabawiyyah, semoga kita semua dapat membina baitul muslim yang dirahmati dan diredhaiNya

    jemput ke laman WADi untu menimba dan menyebarkan ilmu insyaAllah.

    Wujudkah Isi Dan Kulit Dalam Ajaran Islam ?

    wallahumusta'an

    BalasPadam
  3. assalamualaikum zul...bagus nasihat ini dan moga akan jadi ingatan pd semua...:)

    BalasPadam
  4. betul... hargailah mereka selagi masih mampu... jangan kesal kemudian hari... nasihat untuk saya juga... thanks zul..:)

    BalasPadam
  5. semoga kita dpt m'jaga hbgn kita dgn family kita..aminn~

    BalasPadam
  6. nasihat yg berguna..utk yg bakal menempuh alam perkahwinan jadikan sbg iktibar

    BalasPadam
  7. hurm.betul! kasih syg mana boleh dibeli dgn duit...

    BalasPadam
  8. Kalau nak berbini dengan super model boleh gak gunakan duit untuk beli kasih sayang mereka.. haha.. :D

    BalasPadam
  9. ade je member yg x rapat dgn mak ayah..kesian..

    BalasPadam
  10. Alhamdulillah keluarga saya masih ok. Boleh berinteraksi dengan baik :)

    BalasPadam
  11. hormat, syg n hargai ibu bapa anda...

    BalasPadam
  12. mak ayah, sanggup berkorban apa saja utk anak2 tercinta..tp anak2 yg ramai belum tentu dpt membalas jasa kedua org tua..menyedihkan~

    BalasPadam
  13. aku pun cukup heran kalau tgk hubungan anak dgn parent yang macam strangers. nak ckp pun nak tak nak.

    alhamdulillah family aku jenis yang rapat dan menjadi rujukan utama dlm segala hal.

    BalasPadam
  14. jangan dah takde nanti baru nak hargai. sudah terlambat.

    BalasPadam

Terima Kasih :D