Subscribe:

Ads 468x60px

-

Ahad, 12 Februari 2012

Biawak Menyerang Ayam Jagaan Aku..

Sekarang di Kampung Bukit Naga. Hujan lebat turun dari petang tadi lagi. Aku masih lagi terkial2 mencari tempat utk tidur. Mujurlah ada Abang Din , bagi pinjam kedai ayam dia utk jadikan tempat aku tidur. Walaupun hari ini kena tidur disebelah dgan reban ayam dan dikerumi dgan nyamuk, aku masih lg bersyukur. Sebab masih mampu utk berteduh dari hujan malam ini... Makk aiii.. baunya .. bau tahi ayam menusuk ke dlm lubang hidung ni. Tak tahulah aku boleh tidur ke tak malam ni..

Hari ini, tak ada apa2 aktiviti yg istimewa aku lakukan, semuanya seperti biasa. Aku cuma jalan2 tengok bandar Shah Alam dan area sekitarnya.. Sekarang dikedai ni, tinggal aku dgan ayam je, mereka semua hilang entah ke mana. Kalau tak silap aku, diaorg pergi hantar ayam dekat kantin sekolah... Mana entah? aku pun tak tahu.. huhu..

Sebagai balasan menumpang berteduh dikedai ni, aku kena  balas jasa org ni. Iaitu dengan jaga ayam dan kedai ni dari benda yg tidak diingini... Seperti serangan biawak pada petang tadi yg telah mengorbankan nyawa 2 ekor ayam.. Habis semua isi perut dimakan oleh biawak durjana itu.. Mujurlah tidak terserempak dgan aku, kalau tak, dah lama arwah ko biawak..

Erm.. tak ada benda nak cerita, cuma nak melaporkan keadaan aku disini, yg merempat ditempat org.. Sekali lagi tima kasih kawan sebab bagi pinjam laptop ni..

23 comments:

IMANSHAH berkata...

jangan hang lak yang makan ayam,.hehe

maszull berkata...

assalamualaikum zul...wah jaga ayam tu elok2 yer jgn sampai kena mkn biawak plak...:)

izfanora berkata...

ko nie biar betul zul ? kampung tue sebelah kampung aku je tau x.. terkejut aku ko masih kat situ..

Wadi AR berkata...

sama sama

EyqaLuvender berkata...

adat berkelana..hehe

miss inna berkata...

syukur la nak ada tmpt nak berteduh jg..:p

jga2 ayam tu baik2 taw, jgn pula tuannya blk, ayam2 tu dah selamat jd kfc..hehe!

fathiahRAIHANA berkata...

amboi merempat gituu, hehe.

AmirFX berkata...

Setuju dengn Imanshah.. Jangan ko pulak yang sembat ayam tu.. haha...

ieja amieja berkata...

apa kata lps ni tido lak dgn ayam2 tuh?? senang nak pantau ayam2 tu..bukan apa takut kena makan dek biawak la plk..hihi

*SiRibenMerah berkata...

haaaaa.. tgkap biawak tuh wat sate...

Tea berkata...

dia bg upah mahal tak suh jg ayam?

lieynanilaz berkata...

berkawan dengan ayam plak dah!1...hehe.

Zahirah Dzulkifli berkata...

Hehehe. Sentiasa sempat untuk update blog

CekbOlat-bOlat berkata...

pngalaman merantau abg hebat ! sempat berkwan dgn ayam.. hurmm.. sdihnye T_T

.........cP~ berkata...

Tak payah cerita la pasal biawak. Habis anak-anak ayam kena makan. Punya la nak bela. Biawak tu besar dah sama ngan anak buah masa umur setahun dah rasa.

saya cello191 berkata...

mmg travel la nie...

idup xbez tanpa cabaran...^^

Eera Shera berkata...

dah mcm survical pulak hehe

biela bell berkata...

kedai ayam? erk.macam tahu je katne.haha..

bagusnya kau..mcm2 pengalaman dapat masa muda nie..huhu

shameel Iskandar berkata...

salam zul.
jahat sungguh biawak tu. hehehe.

rozeeta rashid berkata...

fuhh bukan semua orang dapat pengalaman tidur sebelah reban ayam ni.zul orang terpilih. hehe.

Dylla Abas berkata...

ish...kt kg akk pun ayah dok bising pasal biawak mkn ayam ni...

PeRmAtA bIrU berkata...

wow... memang bestkan bila jadi perantau yang betul2 survivor nih... pengembara katanya...:)

robotkuning berkata...

merantau ke beb?terbaek!

Advertlets

Another Source

JANGAN TERTIPU dengan tulisan-tulisanku..kerana itu BUKAN PENGUKUR IMAN seseorang, JANGAN TERTIPU dengan tulisan-tulisanku.. kerna aku hanyalah seorang MANUSIA BIASA yang masih lagi dalam proses MENCARI kemilau CAHAYA ISLAM. BERUSAHA menjadi UMAT yang SOLEH dan bukan bermaksud aku adalah manusia sempurna..tapi melalui tulisan-tulisanku ini, aku berusaha MENCARI REDHA ALLAH dan MEMPERBAIKI DIRI untuk menjadi yang TERBAIK, InsyaAllah..!!

TIDAK AKAN BAIK suatu PERKATAAN melainkan dengan perbuatan, dan tidak akan baik suatu perkataan dan PERBUATAN melainkan dengan niat, dan tidak akan baik suatu perkataan, perbuatan dan NIAT melainkan dengan SUNNAH..