Biawak Menyerang Ayam Jagaan Aku..

Februari 12, 2012
Sekarang di Kampung Bukit Naga. Hujan lebat turun dari petang tadi lagi. Aku masih lagi terkial2 mencari tempat utk tidur. Mujurlah ada Abang Din , bagi pinjam kedai ayam dia utk jadikan tempat aku tidur. Walaupun hari ini kena tidur disebelah dgan reban ayam dan dikerumi dgan nyamuk, aku masih lg bersyukur. Sebab masih mampu utk berteduh dari hujan malam ini... Makk aiii.. baunya .. bau tahi ayam menusuk ke dlm lubang hidung ni. Tak tahulah aku boleh tidur ke tak malam ni..

Hari ini, tak ada apa2 aktiviti yg istimewa aku lakukan, semuanya seperti biasa. Aku cuma jalan2 tengok bandar Shah Alam dan area sekitarnya.. Sekarang dikedai ni, tinggal aku dgan ayam je, mereka semua hilang entah ke mana. Kalau tak silap aku, diaorg pergi hantar ayam dekat kantin sekolah... Mana entah? aku pun tak tahu.. huhu..

Sebagai balasan menumpang berteduh dikedai ni, aku kena  balas jasa org ni. Iaitu dengan jaga ayam dan kedai ni dari benda yg tidak diingini... Seperti serangan biawak pada petang tadi yg telah mengorbankan nyawa 2 ekor ayam.. Habis semua isi perut dimakan oleh biawak durjana itu.. Mujurlah tidak terserempak dgan aku, kalau tak, dah lama arwah ko biawak..

Erm.. tak ada benda nak cerita, cuma nak melaporkan keadaan aku disini, yg merempat ditempat org.. Sekali lagi tima kasih kawan sebab bagi pinjam laptop ni..

23 ulasan:

  1. jangan hang lak yang makan ayam,.hehe

    BalasPadam
  2. assalamualaikum zul...wah jaga ayam tu elok2 yer jgn sampai kena mkn biawak plak...:)

    BalasPadam
  3. ko nie biar betul zul ? kampung tue sebelah kampung aku je tau x.. terkejut aku ko masih kat situ..

    BalasPadam
  4. syukur la nak ada tmpt nak berteduh jg..:p

    jga2 ayam tu baik2 taw, jgn pula tuannya blk, ayam2 tu dah selamat jd kfc..hehe!

    BalasPadam
  5. Setuju dengn Imanshah.. Jangan ko pulak yang sembat ayam tu.. haha...

    BalasPadam
  6. apa kata lps ni tido lak dgn ayam2 tuh?? senang nak pantau ayam2 tu..bukan apa takut kena makan dek biawak la plk..hihi

    BalasPadam
  7. haaaaa.. tgkap biawak tuh wat sate...

    BalasPadam
  8. dia bg upah mahal tak suh jg ayam?

    BalasPadam
  9. berkawan dengan ayam plak dah!1...hehe.

    BalasPadam
  10. Hehehe. Sentiasa sempat untuk update blog

    BalasPadam
  11. pngalaman merantau abg hebat ! sempat berkwan dgn ayam.. hurmm.. sdihnye T_T

    BalasPadam
  12. Tak payah cerita la pasal biawak. Habis anak-anak ayam kena makan. Punya la nak bela. Biawak tu besar dah sama ngan anak buah masa umur setahun dah rasa.

    BalasPadam
  13. mmg travel la nie...

    idup xbez tanpa cabaran...^^

    BalasPadam
  14. kedai ayam? erk.macam tahu je katne.haha..

    bagusnya kau..mcm2 pengalaman dapat masa muda nie..huhu

    BalasPadam
  15. salam zul.
    jahat sungguh biawak tu. hehehe.

    BalasPadam
  16. fuhh bukan semua orang dapat pengalaman tidur sebelah reban ayam ni.zul orang terpilih. hehe.

    BalasPadam
  17. ish...kt kg akk pun ayah dok bising pasal biawak mkn ayam ni...

    BalasPadam
  18. wow... memang bestkan bila jadi perantau yang betul2 survivor nih... pengembara katanya...:)

    BalasPadam

Terima Kasih :D

Dikuasakan oleh Blogger.