Berakhirnya MURoC 2012

Februari 27, 2012

HOOORAYYY... Berakhir sudah  MURoC 2012.. Boleh tidur puas2, lepas ni.  Untuk pengetahuan korang semua.. Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) telah  muncul juara Pertandingan Robot Universiti-Universiti Malaysia 2012 (MURoC 2012) yang berlansung selama tiga hari di sini.. Alahai .. juara keseluruhan la.. dan membawa pulang Piala Pusingan untuk pertama kalinya..

UniMAP berjaya mengumpul 15 mata menewaskan pencabar terdekatnya, Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang mendapat 13 mata pada hari terakhir pertandingan.. Fuhh.. menang tipis tu..

Naib Canselor UniMAP Prof Datuk Dr Kamarudin Hussin berkata, pencapaian UniMAP tahun ini adalah yang terbaik selepas tiga kali sesi penganjuran MURoC sekaligus memperbaiki kedudukan tahun lalu iaitu di tempat kedua.

Sebanyak 79 pasukan daripada 37 institusi pengajian tinggi awam dan swasta menyertai pertandingan anjuran UniMAP itu.

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail selaku Canselor UniMAP berangkat menutup pertandingan dan menyampaikan hadiah kepada para pemenang diiringi Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil yang juga Pro Canselor UniMAP.

Walaupun team aku, Robe Climbing A kalah di peringkat suku akhir, tetapi Team Rope Climbing B berjaya mengubat kekalahan kami dgan mendapat tempat ke-3.. Memang team lain, menang nasib r, sebab robot aku tak berhenti td, ada masalah teknikal.. Sabor je la.. 

Menang  & kalah, adat pertandingan.. dan aku akan cuba lagi utk tahun depan.. Sekarang ni, perlu kembali fokus study dan waiting for ROBOCON!!!!..


muka2 kalah suku akhir..

p/s: maaf aku tak ambik gambaq, gambar ni, member aku yg post dlm fb td.. haha.. layan je..

6 ulasan:

  1. wow....event yg menarik...
    terbaik la

    BalasPadam
  2. hoorayyy ! tido jgn tak tido.. awal2 baca, terasa macam baca surat khabar.. hehe.. per2 pun, tahniah sbb berjaya melayakkan team kamu sehingga ke peringkat yang lebih tggi dr team yang langsung tak layak.. :)

    BalasPadam
  3. assalamualaikum zul...tahniah yer...:)

    BalasPadam
  4. tahniah!! suku akhir pun dah kira bagus..menang kalah adat bertanding..yg penting semangat mesti ada...

    BalasPadam

Terima Kasih :D

Dikuasakan oleh Blogger.