+60 111-684 0717 BLOG PENULISAN ZUL FATTAH

Selasa, 17 Januari 2012

Selama ni Kita Semua di TIPU..? Demm.. Malu KotRang..

8:08:00 PTG

Share it Please

Haaa.. kan aku dah kata.. kita semua selama ni ditipu oleh sejarah.. Cis.. sia-sia aku ambik subject sejarah..  

Menurut prof sejarawan yang terkenal di malaysia, kisah puteri hang li po dan hang tuah lima bersaudara tidak wujud. Ia adalah mitos dan kisah yang disampaikan dari satu generasi kepada generasi yang lain tanpa bukti yang sejarah yang konkrit.

Satu2 kisah sejarah itu haruslah disertakan dengan bukti yang tepat dan sahih untuk direkodkan oleh ahli2 sejarah. Namun dalam kes neh kisah puteri hang li po, hang tuah lima bersaudara dan beberapa kisah penting lain bagi sejarah melaka tidak memiliki kesahihan dari segi bukti setelah kajian demi kajian di lakukan.

Maksudnya mereka dah menyelidiki benda neh sebelum keluar statement. Itu pasal mereka sampai ke tahap nak tulis semula buku sejarah di malaysia. Maknanya memang sahih lah kisah itu dongeng je. Antara alasan yang prof beri ialah kisah puteri hang li po dan hang tuah lima bersaudara neh juga tiada dalam catatan dalam kisah sejarah negara china.

Negara china yang kita tahu, ada penulis sejarah yang memang gemar merekod dan menulis segala apa yang berlaku dalam tahun2 kehidupan mereka. Oleh kerana kisah perkahwinan neh ialah kisah yang besar mustahil juga tiada rekod berhubung perkara neh. Melainkan buku2 sejarah telah dibakar dan rekod lama terhapus sehingga tiada orang lagi ingat akan hal neh.

Ataupun mungkin juga nama2 berbeza digunakan bagi mengambarkan puteri hang li po dan hang tuah lima bersaudara. Namun, amat mustahil pula prof dan para pengkaji sejarawan yang lain tidak memikirkan kemungkinan2 seperti neh.


 sumber : sozycili

Aku rasa meluat dan amat memalukan bila ada golongan bergelar profesor pun tersasul mengulas tentang sebuah sejarah, apalagi diputar belit mengikut nafsu dan emosi berpihak untuk mengesahkan kehendak politik sepihak yang bergelar elitis politik penguasa yang kehilangan kredibilitas.

Sejarah diputar belit dan disongsangkan oleh profesor kangkung untuk mempertahan elitis politik, mencari untung politik rakus dan jahat demi untuk terus berkuasa secara zalim dan memperbodoh rakyat kampung dan rakyat yang masih belum terbuka jiwa, akal dan hati melihat kebenaran.

Ini berpunca bila sejarah dibikin dan ditulis oleh mereka yang berfikiran sumbing, otak yang sumbing, berjiwa sumbing, profesor sumbing dan penulis sejarah berjiwa penjajah.

Patut sekali sebagai rakyat Malaysia yang berjiwa bebas dan merdeka. Rakyat yang cerdik, berpendidikan dan bertamadun, menulis sendiri sejarah, bukan menulis sejarah mengikut acuan pemikiran penjajah atau mengikut aspirasi watak penjajah yang ada dalam negara ini.

Sebagai contoh la... kalau korang perasan, 20 @ 30 tahun dulu, negara Korea Selatan sama je dengan Malaysia. Tak kiralah dari segi ekonomi, sukan, pentadbiran mahupun pembangunan.. Tapi sekrang jauh kita ketinggalan.. tak payah susah-susah pikir, tengok bola sepak pun dah tahu.. Selalu kalah je lawan dgan Korea . 
Tapi kenapa diaorang cepat membangun dan berjaya? 

Sebab diaorang pernah ubah sejarah negara diaorang.. tak pcaya? korang try google "sejarah korea selatan yang diubah".. Lagi satu, diaorang ni, pegang atas nama negara.. bukan macam kita yg berjuang utk kaum dan warna kulit.. Melayu dgan Melayu, Cina dengan Cina.. dan India duk tengah2.. WTH? 

ISLAM 4 ALL... berjuang utk negara.. baru kita boleh berjaya..

p/s: pasal Hang Tuah tu.. hanya Allah yg tahu ia wujud ke tdak.. huhu

23 comments:

  1. Tiada siapa yg benar2 tahu...

    BalasPadam
  2. itu sebab ianya disebut 'HIKAYAT'.
    hang tuah bersaudara adalah satu satira sastera.Mungkin mereka wujud,tapi apa yg kita dengar hari ini..sudah ditokok tambah dan dimomokan secara berlebihan.

    ambik contoh kisah marco polo.
    beliau dikatakan orang barat pertama,sampai ke china.tapi pelik,dalam rekod arkib diraja maharaja china.tiada tertulis pun rekod kisah beliau.

    jadi kita ambik jalan tengah.
    bak kata orang " hikayat ini,didengar saja boleh..tapi percaya jangan"

    BalasPadam
  3. huisshh, amani bab sastera ni memang x masuk.. huhuhu :).. kena buat reserach lah sejarah malaysia ni..

    pstt : ramai musliam yang sejarah Nabi xnak mabil tahu pun.. errm, lagi malu kotrang kafir hak tuu.. huhuhu

    BalasPadam
  4. mcm mane la pelajar2 yg amek subjek sejarah ek..huhuhuhu

    BalasPadam
  5. sebab tu aku tak suke sejarah sampai sekarang. haha

    BalasPadam
  6. Thats y I hate history subject.. haha..

    BalasPadam
  7. baik kita baca sejarah yg ada bahan bukti.. sejarah para anbia'..

    BalasPadam
  8. erm, tatau nak kata sejauh mana kebenarannya. bila dh lelama mcm ni barula timbul mcm2 isu psl sejarah la >.<

    BalasPadam
  9. yup.hanya ALLAH je tau yang benar2 betul.hehehe..sejarah skang ni byk sgt putar belit.hmmm

    BalasPadam
  10. Jom bace sejarah islam dalm kitab suci Alquran, konpem xda penipuan dan penambahan cerita..hehe

    BalasPadam
  11. Malaysia .. hnya mahu nama dan $$$
    sbb kmjuan negara? letak tepi.. politik no 1.. cm ape lagi.. haishhh

    BalasPadam
  12. org melaka ni 0_0 Done dear follow yOur blog, t jgn lupe jnguk2 & foLLow blog Ika jgk ye chentahati19.blogspot.com

    BalasPadam
  13. salam..


    daku juga tertipu ...huhu

    BalasPadam
  14. akk pun minat sejarah jgk..alamak kena tipu ke???

    BalasPadam
  15. oh tidak...akk ada buku Hikayat Hang Tuah 5 Bersaudara setebal-tebal alam tu...TIPU je...??? hampeh...huhu

    BalasPadam
  16. haaa..aku ade bace smlm..adoii..penat blaja sejarah..

    BalasPadam
  17. byk kesilapan2 'pakar' dulu2 yg bg effect kat pendidikan skrg..cth peribahasa yg disalah translate..ni skrg sjrh mitos dan xsahih dikatakan benar smpai buat buku teks..

    yg effect...kita2 rkyt marhaen ni ha..

    BalasPadam
  18. kita tidak mengetahui perkara sebenar bila banyak benda terbongkar...dulu Melaka wujud selepas 1400 dan sekarang mereka jumpa bukti tahun 1360 (klu tidak silap)...

    BalasPadam
  19. Orang sejarah skrg dh mcm org politik..naik kan bnde yg ade kepentingan pada diri..kalo xde hasil tuk diri, buat2 xnmpak je..huhu..

    BalasPadam
  20. Kecik-kecik dulu bila baca buku TSL tu selalu aku tanya mak "macammana Tun Sri Lanang boleh tau apa yang difikir oleh Hang Tuah, Sultan Mahmud, Puteri Gunung Ledang ya?" sebab apa yang difikir mereka pun TSL boleh tulis dalam Hikayat tu. Apa saja peristiwa secara terperinci TSL ceritakan dalam buku dia.

    Mak cuma kata "itu buku cerita". Ooooo...

    BalasPadam

Terima Kasih :D