Kuliah Pagi Tok Guru Nik Aziz..

Januari 12, 2012

Kuliah pagi oleh TGNA agak special sikit sebab ada beberapa tetamu dari luar Negara datang... ada yang datang jumpa TGNA secara rasmi & ada jugak yang datang secara tak rasmi... sekadar duduk dengan orang ramai, dengar ceramah TGNA... walaupun aku yakin dorang tak paham, tapi aku tau dorang duduk situ dari awal sampai habis kuliah TGNA...

Malu dekat orang luar yang tak paham bahasa Malaysia tapi sanggup tunggu sampai habis... sebab apa tunggu sampai habis..?

Sempat jugak aku tanya soalan tu dekat pelancong ni soklan tu... jawab pelancong ni - saja seronok... datang dari jauh... melawat Malaysia, member dia cakap, kalau datang Malaysia, WAJIB datang Kelantan tengok dengan mata kepala sendiri 1-1nya Ketua Negeri paling sempoi di Malaysia.

Jalan mana-mana x de pakai bodyguard, x de polis pengiring, x de protokol... dulu dia tak percaya...hari ni dia dah percaya...

Eh... ada soklan cepumas dari Mat Timur tengah ni dekat aku yang aku tak dapat jawab... mintak tolong korang jawab...

Soklan yang Mat Timur Tengah ni tanya (aku translate dalam bahasa Melayu) - Kenapa Malaysia tak lantik orang macam ni jadi PM..?

sumber : FB TGNA

10 ulasan:

  1. itu bagi orang pro kerajaan cakap kot. kehkehkeh

    BalasPadam
  2. tak kira pro krjaan atau tidak,,,kita sndiri boleh menilai pmmpn yg baik atau tidak...bnding sndiri lah najib dgn tok guru...baru tgk rupa sure2 dah rasa tok guru lagi HEBAT...sukakan kesederhanaan beliau...

    BalasPadam
  3. bangga menjadi orang kelantan bwh pimpinan tok guru!

    BalasPadam
  4. Aku tak sokong sape2.. Tp alu suka tok guru dan tun mahathir...

    BalasPadam
  5. suka dengar TGNA ceramah .. tapi, bab 'kenapa tak lantik dia jadi PM' tu, tak nak komen .. xxxxx

    BalasPadam
  6. knp, mengapa, di mana, bagaimana, siapa ?

    pertanyaan yang kadang kita tak ada jawapannya. ada benda perlu untuk kita fikir, ada benda lihat, ada benda perlu kita fikir dan lihat dan jawab, ada benda kita perlu fikir, lihat dan tidak menjawab. :)

    kadang kita bukan sesiapa untuk memberi jawapan. betul tak?

    lama tak berkunjung ke sini. sihat?

    BalasPadam
  7. assalamualaikum zul...mama politik ni kurang sikit cuma ambil tahu sikit2 jer hal2 mcm ni...:)

    BalasPadam
  8. gagaga
    x dapet nk jawab persoalan akhir tu
    heheheh

    BalasPadam
  9. TGNA mmg sempoi.... bagi aku bukan setakat guru, pemimpin malah penampilannya juga membuatkan orang kagummm...

    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    Story terbaru blog kami...
    tip kereta semasa banjir

    BalasPadam

Terima Kasih :D

Dikuasakan oleh Blogger.