Kenapa Dengan Nur Amalina Che Bakri?

Januari 04, 2012

KUALA LUMPUR: Nur Amalina Che Bakri, pelajar terbaik Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2004, tidak pernah gagal dalam pengajiannya dan masih menuntut di Universiti Edinburgh dalam bidang perubatan.



Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah, berkata pihaknya tidak menerima sebarang maklumat mengenai desas-desus yang mengatakan Nur Amalina gagal dalam pengajiannya serta tidak lagi menuntut di United Kingdom.

“Setakat yang kita tahu, beliau sedang menuntut di universiti itu dan kementerian tiada maklumat yang mendakwa beliau gagal dalam pengajiannya.
“Lazimnya, mereka yang menuntut di luar negeri terdiri daripada pelajar cemerlang dan mendapat tajaan biasiswa dan sekiranya mereka gagal, penaja akan menjadi pihak pertama diberitahu,” katanya ketika penggulungan Rang Undang-Undang Perbekalan 2010 peringkat jawatankuasa bagi kementerian itu di Dewan Rakyat, semalam.

Isu kegagalan Nur Amalina dalam pengajiannya dibangkitkan Zulkifli Nordin (PKR-Kulim-Bandar Baru) ketika perbahasan.
Bagaimanapun, sejurus selepas Saifuddin memberikan jawapan berkenaan, Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baru itu kemudian memaklumkan Dewan Rakyat bahawa beliau menerima maklumat terkini berhubung kedudukan sebenar Nur Amalina di Universiti Edinburgh.

“Saya mendapat maklumat daripada seorang pelajar Malaysia yang turut belajar di Universiti Edinburgh.
“Menurut pelajar itu, Nur Amalina tidak pernah gagal dalam pengajiannya, malah antara pelajar terbaik dalam bidang Farmakologi dengan Pengalaman Industri (Pharmacology with Industrial Experience). Pelajar itu berharap perkara ini dapat dijelaskan,” katanya.
Nur Amalina, 22, yang mencipta rekod dalam pendidikan negara apabila memperoleh 17 A1 dalam peperiksaan SPM, ditaja Bank Negara untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan di United Kingdom.

Menurut Wikipedia, Nur Amalina baru saja menamatkan tahun keduanya apabila ditawarkan universiti berkenaan untuk mengikuti ijazah dalam Farmakologi dengan Pengalaman Industri berdasarkan keputusannya yang cemerlang.
Ini bermakna Nur Amalina akan memperoleh ijazah berganda di penghujung kursus perubatan yang diikutinya.
Nur Amalina hanya akan menyambung pengajian dalam bidang perubatan selepas menamatkan pengajian dalam bidang Farmakologi. – Bernama

Lol? Aku tak paham r, dengan kes ni? hari tu ada baca pasal siti fatimah yg dikatakan sudah tak pakai tudung.. bila diselidik, ok je.. ni Amalina Pulak?  Kena selidik dulu ni.

16 ulasan:

  1. bahaya la jdi pnyampai.. kang silap2 jdi fitnah kan? tuu la.. kne slidik dulu..

    BalasPadam
  2. la ni memang tengah kecoh pasal dia...susah nak kata...nk type ni pun susah,hehe

    BalasPadam
  3. itulah bahayanya bila masa ada jer berita, sesetengah pihak tu main redah jer sebar sana sini tanpa usul periksa terlebih dahulu...

    BalasPadam
  4. biasala... kadang2 ada sahaja kisah2 buruk mereka... mungkin tersebar atas dasar fitanah atau kebenaran... jadi kita jangan lah mudah percaya kan???

    BalasPadam
  5. muka depan paper hari nie..mak amalina pun dh bg tau yg amalina xbrtdung,slauar sexy tue pun mak dia yg beli..bukan fitnah lar namanya bila mak dia akui..

    BalasPadam
  6. doakan yg terbaik buat Amalina...harap tidak benar apa yg tersebar sblm ini ttg keterlampauannya.

    BalasPadam
  7. Kalau macam kes Suffiyah jadi pelacur tu patut dijadikan isu.. Budak nie setakat tak pakai tudung pun jadi isu gak.. Ish3..

    BalasPadam
  8. alah amalina ni memang free hair daripada dulu. biasalah kat sekolah pakai tudung bila masuk u tak pakai. lagi2 kalau study kat obersea. maybe ramai sangat yang dengki dekat dia ni. padahal dia okey je. siap dapat ijazah berganda lagi. yang mengutuk tuh dapat ape? peace :)

    BalasPadam
  9. rakyat msia kuat melatah. khabar angin sikit je, jdi tsunami

    BalasPadam
  10. aku pun tak faham dengan kes dia ni . tapi heboh gila kat youtube skrg

    BalasPadam
  11. biasalah manusiakan suka mencari silap dan salah sesama manusia.. sebab tu timbulnya isu mcm ni.. tp kita lupa bila kita sebarkan sesuatu yg x nyata dan eblum tentu benarnya boleh membawa kpd fitnah.. berdosa besar tu.. ape2 pun sblm menyebarkan kenalah selidik dulu utk dptkan kepastian dan kebenaran...

    BalasPadam
  12. Serius aku pun bengang gak dengan orang2 yang men hentam kromo jer.. Yang nak dihentam pun budak2 lagi.. Doa jer yang terbaik supaya kita dijauhkan dari perkara sebegitu... Kes Suffiyah jadi pelacur tu takder gak yang bising smp ke harini...

    BalasPadam
  13. at least Amalina ni insyaAllah dah berjaya kat dunia. Kita ni kat dunia pun belum, kat akhirat apetah lagi. Aku pernah jumpa Amalina dgn mak dia, Pn. Sabariah depan2. dua-dua tak berlagak ke ape. tapi ada yang setakat baru masuk Matrik dah berlagak. Amalina yang orang duk kutuk2 tu makin banyak pahala dia bila orang kutuk dia. Hati ni Allah yg pegang. kalau Allah nak bagi dia hidayah any time je boleh. contohnya sham kamikaze,yusuf Islam (cat stevens). Aku ada baca yg diorang duk sibuk2 pasal Amalina ni sebab ada yg tak puas hati tak dapat scholarship.

    BalasPadam
  14. semoga rumors tu semua x betul..apa2 pun patut diselidik terlebih dahulu sblm isu ditimbulkan..wish u all the best buat AMALINA...

    BalasPadam

Terima Kasih :D

Dikuasakan oleh Blogger.