+60 111-684 0717 BLOG PENULISAN ZUL FATTAH

Rabu, 28 Disember 2011

Fitnah Perosak Pemecah Silaturahim..

7:17:00 PG

Share it Please

 

Tersebutlah kisah di zaman dulu. Di sebuah kampung, ada dua orang sahabat rapat. Nama dua sahabat ini ialah Hitam dan Putih. Teramatlah baik mereka ini sehinggakan orang ramai mengatakan mereka ini adik beradik.

Nak di jadikan cerita, satu hari berlakulah pertengkaran besar antara mereka. Besar sungguh sengketa mereka hingga mulai dari hari itu mereka tidak lagi bertegur sapa. Bukan itu sahaja, disebabkan teramat marahnya Hitam terhadap Putih, habis semua cerita buruk Putih yang sebelum ini disimpan oleh Hitam diceritakan kepada orang lain. Biasalah manusia, nak menyedapkan cerita-cerita ini, Hitam mula menokok tambah sana sini rahsia Putih.

Putih amatlah sedih dan marah apabila mendengar cerita-cerita yang dihebahkan oleh Hitam itu. Disebabkan itu, Putih jatuh sakit. Makin lama semakin teruk penyakit Putih hinggakan orang-orang kampung merasakan hidup Putih sudah tidak lama lagi. Maka orang-orang kampung bersungguh-sungguh memujuk Hitam agar berdamai dan memohon maaf dengan Putih. Mula-mula disebabkan ego, Hitam berkeras tidak mahu memohon maaf. Tapi orang-orang kampung itu tidak berputus asa. Maka teruslah mereka memujuk Hitam hingga lembut hati Hitam.

Maka pergilah Hitam menziarahi Putih. Hitam memohon maaf dari Putih. Namun Putih hanya berdiam diri sambil memandang sayu terhadap Hitam. Setelah berkali-kali Hitam cuba memohon maaf, Putih menyatakan beliau boleh memaafkan Hitam dengan syarat Hitam membelikan untuk beliau seguni kekabu. (bahan yang digunakan untuk mengisi bantal). Bergegaslah Hitam pergi mencari seguni kekabu. Puaslah Hitam mencari kekabu tersebut di pasar. Nasib menyebelahi Hitam apabila Hitam berjaya membeli kekabutersebut dari seorang wanita tua.

Hitam lalu bergegas semula ke rumah Putih dan menyerahkan kekabu tersebut kepada Putih. Sekali lagi Hitam meminta Putih memaafkan beliau. Kali ini, sebelum beliau memaafkan Hitam, beliau meminta Hitam menaiki satu tempat yang paling tinggi di kampung mereka itu dan kemudian menebarkan segala kekabu dalam guni itu agar kekabu itu berterbangan dan memenuhi segenap pelusuk kawasan di situ.

Hitam tidak banyak soal. Dia lantas memikul guni kekabu itu dan mencari tempat paling tinggi di kampung mereka itu. Cari punya cari, sudahnya Hitam ternampak sebuah bukit dan tiadalah tempat yang lebih tinggi dari puncak bukit tersebut. Dengan susah payah, Hitam mendaki bukit tersebut sambil memikul guni kekabu itu. Sampai di puncak, Hitam termenung sejenak memerhatikan keindahan alam. Setelah puas, Hitam mula menebarkan segala kekabu dalam guni tersebut hingga tiada langsung kekabu dalam guni itu. Hitam memerhatikan kekabu itu terbang ditiup angin hinggakan ada kekabuyang terbang itu hilang dari pandangan beliau. Dilipat guni yang kosong itu dan hasrat Hitam mahu membuktikan apa yang dipinta Putih telah ditunaikan beliau.

Dengan hati yang girang, Hitam berjalan menuju ke rumah Putih. Sangkanya kali ini, Putih pasti akan memaafkan beliau. Sampai sahaja di rumah Putih, ditunjuk guni yang kosong itu kepada Putih. Hitam dengan penuh harapan memohon maaf kepada Putih. Putih memandang tepat smbil berkata dengan perlahan-lahan. "Hitam, jika kamu benar-benar ingin aku memaafkan kamu, aku ada permintaan terakhir. Aku pasti memaafkan kamu jika kamu laksanakan permintaan aku ini. Aku mahu kamu kutip segala kekabu yang telah kamu tebarkan dari puncak bukit itu tadi!" Terduduk Hitam mendengar permintaan Putih itu.

Apa pelajaran dari cerita ini?
Fitnah itu amat menyakitkan. Belum tentu sakitnya boleh sembuh dan terubat walaupun dengan pelbagai cara yang digunakan untuk menyembuh penyakit terkena fitnah ini. Selepas apa yang telah Hitam lakukan terhadap Putih, agak sukar untuk Putih memaafkan Hitam walaupun mereka pernah menjadi sahabat baik suatu ketika dulu. Cerita ini adalah untuk pengajaran kita semua. Semoga dapat dijadikan teladan. InsyaAllah.

sumber : tidak diketahui.. 

25 comments:

  1. cerita yg penuh dengan pengajaran.Kekabu yg diterbangkan itu dianggap sebagai fitnah hitam pada si putih..

    semoga ianya memberi pengajaran kepada kita semua..

    p/s: thanks for sharing zul!Terbaik!!

    BalasPadam
  2. bermakna si putih itu bukan pemaaf orangnye.. ahaks!

    BalasPadam
  3. memang sakit jika menjadi mangsa fitnah..pengalaman sendiri difitnah waktu kat kolej tahun 2003...kawan rapat jadi sangsi...sakit, kecewa, lebih parah dari org putus cinta

    sejenis ketagihan

    BalasPadam
  4. Sumber Abu Hurairah R.A. memberitakan Nabi S.A.W. bersabda :

    إيكم والظن , فإن الظن أكذب الحديث
    Ertinya :
    “Jauhilah kamu dari prasangka, kerana sesungguhnya prasangka itu adalah sebohong-bohong rekaan rasa hati (berita hati).”.
    [H. Sepakat Al-Bukhari-Muslim]

    Pengajaran Hadis :

    1. Islam mengajarkan umatnya agar memiliki hati yang suci-bersih, ikhlas dan tidak mudah menaruh prasangka buruk terhadap kata-kata atau perlakuan seseorang saudara ISLAM.

    2. Rasulullah S.A.W. melarang orang ISLAM memasang prasangka dan tohmah, sebab dia (prasangka dan tohmah) adalah tipu daya hawa nafsu atau andaian buruk semata-mata.

    3. Sesungguhnya prasangka itu tidak ada bukti dan dia tidak membawa kebenaran sedikit pun. Kesan dari sifat prasangka ini akan menimbulkan keretakan dalam masyarakat dan akan mengganggu keharmonian.

    BalasPadam
  5. sedih je cite ni..kalo buat slh jgn tau mintak maap je tp cuba la perbetulkan balik ape yg tersalah

    BalasPadam
  6. Bahaya fitnah memfitnah nie.. Buangkan terus tabiat tu..

    BalasPadam
  7. jauhilah fitnah memfitnah ni..buruk padahnya nanti...

    BalasPadam
  8. jauhilah fitnah...cian jugak putih tu..:(

    BalasPadam
  9. fitnah lebih teruk dari membunuh...jauhilah ia..

    BalasPadam
  10. kisah yang menarik...tapi seharusnya perlu dimaafkan kerana manusia tu tak terlepas dari melakukan kesalahan

    BalasPadam
  11. pernah difitnah..rasa terduduk seketika..tp ya, walo seperit mana sekalipun, memaafkan itu bisa meleraikan segala..~

    BalasPadam
  12. sebaiknya kita maafkan sahaja kesilapan org yg berbuat salah terhadap kita... bila tidak memaafkan lg panjang sengketa yg berlaku.. tp apabila kita memaafkan pasti allah lebih sayang pada kita dan persengketaan pun pasti tidak akan berpanjangan. itulah yg sebaiknya

    BalasPadam
  13. pernah baca cite ni..tu la,,bagus putih suruh buat camtu..haha..tp putih maafkan je la..;)

    BalasPadam
  14. wuwuwuwu
    cian si citam
    tap berat lagi si teh yg merasa kan
    wuwuw

    kesimpulan, jgn mngade menokok tambh cite yg x betol
    wuwuwu

    BalasPadam
  15. sbnrnya agak susah jg utk memaafkan sesorang tu lebih2 lagi yg telah menyakitkan hati kita...

    BalasPadam
  16. ==' aku harap semua baca. sebab berguna.

    BalasPadam
  17. fitnah dah semakin berleluasa....

    BalasPadam
  18. mendalam makna jalan cerita ni,jauhi fitnah yang merosakkan perpaduan...

    BalasPadam
  19. betul tu Fattah..menjadi mangsa fitnah ni memang menyakitkan..tapi betapa mulianya kita jika kita dapat memaafkan org yg telah memfitnah tu..wallahu'alam :)

    BalasPadam
  20. fitnah amat menyakitkan.. katakan tak nak kepada finah! :)

    BalasPadam
  21. FITNAH! TOLONG LAH JAUHKAN... BUAT APA LAH NI SEMUA.. HIDUP RUKUN DAMAI KAN KE BAGUS...

    BalasPadam
  22. tp still rmai yg snggup sebarkan fitnah , cis

    BalasPadam
  23. nk beli domain??boleh beli di netkl.com..

    tp kalau nk pakai hosting better kakihost.com..:)

    BalasPadam
  24. nak tolong pon tak tahu mcm mn..tanya Amal ye ..:)

    http://www.facebook.com/amalespraza
    facebook amal...dia ok..:)

    BalasPadam

Terima Kasih :D