Belajar secara berkumpulan lebih baik daripada belajar bersendirian

Disember 03, 2011

'Belajar berkumpulan lebih baik daripada belajar bersendirian.'...topik ini adalah salah satu topik yang selalu ditanya, sama ada di dalam bahas atau segi pendapat oleh pelajar-pelajar. Ramai suka belajar secara bekumpulan, tetapi ada juga yang suka belajar secara bersendirian. Faktor-faktor ini akan membawa keputusan yang berlainan....

Ramai orang akan setuju bahawa mereka suka belajar secara berkumpulan. Dengan belajar berkumpulan, mereka boleh dapat tahu kelemahan mereka lebih lanjut dan boleh meminta bantuan dari kumpulan. Dengan itu, mereka sama-sama maju dan ini pun meringankan beban cikgu-cikgu yang selalu sibuk dengan kerja mereka selepas sekolah.

Belajar secara berkumpulan pun membawa faedah. Dari pepatah Inggeris 'two brains are better than one', idea akan menjadi lebih baik jika idea yang bersendirian digabungkan dan dicampur menjadi satu.

Semua faedah mempunyai keburukannya. Tidak semua orang akan menumpukan pelajarannya bila belajar dengan kumpulan. Sebaliknya, mereka akan berbual-bual dan niat untuk belajar sudah makin jauh.

Belajar secara kumpulan pun boleh menimbulkan sifat benci antara satu sama lain. Misalnya, seseorang mempunyai pendapat yang lain dari rakannya dan mereka cuba untuk memenangkan pendapat sendiri. Pelajaran merekan pun boleh merosot kerana sekarang mereka berasa kurang senang belajar dengan seseorang itu.

Kerana itulah, ada sesetengah dari mereka yang memilih untuk belajar secara bersendirian. Mereka tidak mudah diganggu dari orang lain dan niat mereka untuk belajar akan tercapai. Dia mempunyai kamar sendiri untuk belajar, dan barang-barang sudah diatur untuk belajar, dan ini pun boleh memajukan didinya untuk cemerlang.

Belajar bersendirian pun membawa faedah yang lain. Antaranya adalah kita boleh belajar berdikari, dan inilah salah satu daripada sifat-sifat kita harus punyai. Dengan belajar berdikari kita tidak payah bergantung kepada orang lain. Kita tidak akan berjaya jika kita selalu bergantungan kepada orang lain.

Keburukannya- jika ada soalan untuk ditanya, kita tiada sesiapa untuk membantu kita. Ini pun boleh membawa kesan untuk tidak mahu belajar. Dengan begini pun boleh merosot pelajaran.

Kerana keseorangan, pendapat selalu daripada diri sendiri. Kadang-kadang, pendapat orang lain lebih baik daripada pendapat sendiri. Contohnya, setelah lama belajar, rakan sekumpulan kita akan memberi cadangan untuk berehat seketika. Tetapi kalau kita belajar bersendirian, kita akan memaksa diri kita untuk menyelesaikan kerja kita, dan ini boleh merosakkan minda kita jika minda kita menyerap terlalu banyak informasi. Seseorang juga harus berhati-hati untuk belajar sendirian.

Dalam kesimpulan, walaupun ada faedah dan keburukkan dalam ini, kita haruslah ambil yang berfaedah. Jika kita berasa bahawa belajar secara berkumpulan adalah lebih baik, maka kita ambillah pendapat kita itu, dan juga sebaliknya.
sumber : buku teks sekolah..

29 ulasan:

  1. tpi..aq x suke bljr kumpulan...nnt byk borak dr belajar..even kita pilih kawan yg betul2 nak bljr..:)

    BalasPadam
  2. betul tu, boleh jimatkan masa :)

    BalasPadam
  3. akak prefer belajar sendiri..kalau ada yg tak faham baru tanya pd kawan2..tak pun direct jumpa lecturer je :)

    BalasPadam
  4. prefer belajar sendiri.

    especially time nak exam, kalau belajar kumpulan, banyak benda yang kita tak tau diorang tau dan membuatkan kita menggelabah. woha!

    jarang blajar kumpulan. lebih borak berbanding study.

    BalasPadam
  5. aq pun lebih prefer belajar sendiri...kalau betul2 tak faham baru refer kat lecturer atau kawan2 yg mahir bab tu...

    BalasPadam
  6. due2 okey..

    p/s : same dgn tajuk spm taon nie laa.. hahhaa !

    BalasPadam
  7. tak suka belajar..haha..

    tak delah,,aku selalu belajar sendiri je,,sebab selalu study last minute.haha..xde sape nak layan aku last2 minute..;P

    BalasPadam
  8. suka belajar berkumpulan bila subjek tu perlukan byk pembacaan..xperlu menggelabah kalo org lain lebih byk tau..sbb mungkin ada juga mende yg kita tau tp org lain x tau..berkongsi idea lebih menarik~ =)

    BalasPadam
  9. tajuk eksaimen aq dulu!!!

    actually..blajar in group lbih berkesan dripada individu ikut pdpt aku tapi depend kepada seseorang tu jugak,..

    BalasPadam
  10. assalamualaikum zul...belajar beramai2 ni lebih seronok dan boleh bertukar2 buah fikiran..:)

    BalasPadam
  11. jgn belajaq menda x elok udah ler

    BalasPadam
  12. kadang2 xjugak... huhu.. nt sembang jer lebih dari belajar.. ahaks..

    http://lolz-l.blogspot.com/2011/12/tuntutan-ifc.html

    BalasPadam
  13. sy kalo study berkumpulan kompem jd segerombolan kanak2 mngumpat jela

    BalasPadam
  14. bergantung pada situasi dan masalah pembelajaran...kalau dapat dibuat seorang lebih baik buat seorang...

    BalasPadam
  15. emm, kekadang sering terfikir bahwa study bersendirian is better than study group..but when i think back, ada baiknya juga mengadakan study group and what you said earlier is all true..the different people get the different mentality. so, choose the best one for ourselves!

    excuses, reasons, specualtions and conclusions can't be easily made when it comes to study!

    BalasPadam
  16. sokong! lebih mudah . if tak faham boleh tanya dengan org lain. (:

    BalasPadam
  17. Bergantung pada orang 2 sbnrnya...spe yg dh mlngkh ke alam u biasanya dh knal dirinya sendiri.sy pikir pengalaman 11 taon kt skolah dh mnntukan dirinya sendiri..tp bg sy prefer sorang coz time dlm klaz/kuliah kita fokuslah btol2 n x phm bincanv ngan lec or kwn2 kt sblh..so 2 dh kira kumpulan..balik bilik/umah stadi sorang revise balik boleh tenang2 sikit blajar.insyaAllah...

    BalasPadam
  18. lebih baik jika belajar bersendirian ;) klau brkumpulan, kami lebih banyak borak

    BalasPadam
  19. apa semua orang tak pandai semua buffalo

    BalasPadam
  20. Belajar bersama kakak, abang, rakan-rakan dan guru lebih baik.

    BalasPadam
  21. Macam mana pula kalau belajar dengan semua guru di sekolah?

    BalasPadam
    Balasan
    1. boleh ja.. itu pun kalau cikgu tu nak blajaq la..

      Padam
  22. prefer belajar berkumpulan dan sendiri

    BalasPadam

Terima Kasih :D

Dikuasakan oleh Blogger.