+60 111-684 0717 BLOG PENULISAN ZUL FATTAH

Rabu, 16 November 2011

Sampaikan Ilmu Daripadaku Walaupun Satu Ayat...

5:43:00 PTG

Share it Please
Bercakap soal Imu, ramai yg masih lagi menuntut Ilmu dan ramai jugak yg sudah berputus asa dgan Ilmu. Adakah kerana mereka bijak atau disebabkan mereka ni bodoh?

Ilmu adalah anugerah Allah kepada setiap makhluk yang bergelar manusia. Melalui ilmu, manusia berkuasa, ramai pengaruh dan pengikut. Allah pula berkuasa mencabut, menghina dan memuliakan sesiapa yang dikehendakinya. Justeru, janganlah korang berasa sombong, hidung tinggi, dan bangga diri dengan ilmu yang sedikit. Seseorang yang mencintai ilmu, hatinya sentiasa terpaut dengan majlis ilmu walaupun jarak jauh yang perlu ditempuh, tenaga dan masa yang perlu dikorbankan. Aku redha, walaupun setiap hari kena naik bas selama 30 minit untuk ke tempat kuliah..  Namun, jangan lupa, mereka yang menuntut ilmu, menjadi kewajipan kepadanya menyampaikan ilmu kepada mereka yang tidak hadir dalam majlis itu.

Sampaikan sama ada melalui mata pena (penulisan) atau lidah. Ini sesuai dengan hadis Rasulullah s.a.w, maksudnya:

"Sampaikan daripadaku (meskipun satu ayat)".

Mereka yang mempunyai ilmu keagamaan wajib menyampaikan, tidak boleh disembunyikan walaupun satu ayat. Ini seperti sabda Rasulullah s.a.w bermaksud:

"Sesiapa yang mengetahui sesuatu ilmu itu lalu disembunyikan akan dia, nescaya Allah akan mengalungkan kepadanya di hari akhirat dengan kalungan dari neraka".

Aku bukan seorang ustaz, cukuplah!! jgan panggil aku ustaz lagi, aku cuma manusia biasa.  Aku menulis blog ni hanya untuk menyampaikan Ilmu dan menjadi bacaan dan panduan  masa tua kelak.. Jadi boleh la aku cakap kat anak-anak cucu aku kelak " zaman atok dulu, Atok menulis pakai blog" .. Tak ada yg nak dibanggakan dgan blog ini, sebab aku sendiri pun masih lagi serba kekurangan.. dan tegurlah aku, kalau aku ada salah silap dlam penulisan disini..

p/s: minggu ni aku masih tak ada masa utk terjah blog korang, sebab sibuk dgan assignment dan robot. Maaf sangat-sangat ...

21 comments:

  1. naik bas? koolll . aku jalan kaki je okehh . meheheh sila jgn percaya

    BalasPadam
  2. baru nk panggil ustaz...hehehe

    betul tu, sampaikan walau satu ayat...pahala dapat sampai akhirat...

    tq 4 sharing

    BalasPadam
  3. andai ilmu itu tidak disebarkan..maka dianayailah kita umat Islam sedunia

    BalasPadam
  4. ilmu adlh harta dunia yg plg b'harga.
    tnp ilmu mnsia dipndg hina oleh mnsia laen...
    i'Allah selagi nyawa dikandung badan,kte akn terus belajar krn ilmu itu ta pnah abes...

    BalasPadam
  5. Robot? Ko ambik course mekatronik ker? Boleh la ajar buat robot tranformers nanti...

    BalasPadam
  6. Ramai berilmu.. Tapi hanya segelintir yg mengamalkan ilmu yg ada...

    BalasPadam
  7. ilmu di dada sangat berguna and good for you to share your own knowledges to all of us :')

    ILMU is always finding us, till one day we'll chase it back..goodluck to you!

    BalasPadam
  8. hehehehe
    mesti gaya ko ni cm ustaz ye =]

    nice!
    x de keuntungan pun kalo tedekot ilmu annn..

    BalasPadam
  9. ilmu perlu dikongsi. dengan berkongsi ilmu akan bertambah ilmu kita.

    BalasPadam
  10. ilmu yang dikongsikan akan dapat manfaat seumur hidup, insyaallah...

    BalasPadam
  11. inilah bezanya kita dengan haiwan..yang ada akal fikiran yang boleh menerima dan menyampaikan ilmu :)

    BalasPadam
  12. pedulikan jela zul.. akak pun ada gak yg panggil ustazah.. yg penting kita dah lakukan tanggungjawab kita utk menyampaikan, berkongsikan segala ilmu yg kita ada... kan.. kan..

    BalasPadam
  13. alhamdulillah syukur saya sebagai guru

    BalasPadam
  14. saling berkongsi ilmu memang tak salah :) hehe. samalah kita. sibuk sangat dan internet pun saja tak nak bagi kita update blog. haiyoo~ sabar je

    BalasPadam
  15. walaupun 1 ayat, ttp berikan ilmu kn

    BalasPadam

Terima Kasih :D