+60 111-684 0717 BLOG PENULISAN ZUL FATTAH

Jumaat, 4 November 2011

Apakah Erti Pengorbanan Dalam Hidup Korang?

2:30:00 PG

Share it Please

Sebelum tu, aku nak tanya korang, apakah erti pengorbanan??? sape sini yg tahu erti pengorbanan?? cuba explain kat aku..? Ramai yg bercakap dan menganggap dirinya sudah berkorban, dengan melakukan benda2 yg tak sepatutnya diaorg lakukan.. tapi itu bukan maksud sebenar dalam berkorban..
sat ye... iklan...
Adakah korang sudah menempah bahagian dalam korban untuk Hari raya haji ini???

Hmmmm....ok la..  aku cuba utk jelaskan apa itu erti pengorbanan melalui kaca mata aku sendiri k...

Maksud sebanar berkorban adalah  kita sanggup buat apa sahaja untuk mencapai maksud hidup @ tujuan hidup. Ianya bukan keinginan utk hidup, tetapi tujuan sebenar utk kita hidup.

Ini bukan seperti cerita P. Ramlee.. ini bukan kisah  Hang Tuah yg menjadikan maksud hidupnya untuk berbakti kepada Sultan, maka beliau sanggup buat apa sahaja untuk gembirakan Sultan walaupun terpaksa tipu Tun Teja dan bunuh sahabat baiknya Hang Jebat..

Begitu jugak tun Teja apabila menjadikan maksud hidupnya untuk membahagiakan hang Tuah, maka sanggup lari dari istana, berpisah dengan tunangnya Megat panji Alam dari terengganu dan sanggup pulak makan sirih jampi dari Hang Tuah!!!.

Tapi ini adalah cerita pengorbanan korang.. pengorbanan di jalan Allah. bukan pengorbanan untuk manusia. Alaa.. kita cakap senang r, tapi bila nak buat, macam-macam alasan keluar. hey.. Malulah sikit..

Bila korang menjadikan maksud hidup korang adalah menjadi kaya, maka korang tentu sanggup buat apa sahaja untuk jadi kaya walaupun terpaksa tinggal solat jemaah atau langgar perintah Allah!!! Itulah pengorbanan korang untuk jadi kaya!!

Atau korang menjadikan maksud hidup korang adalah mengharumkan Nama Negara, maka dah tentu korang sanggup buat apa sahaja untuk mengharumkan Nama Negara walaupun terpaksa meninggalkan solat atau terpaksa melengah-lengakan solat atau terpaksa langgar perintah Allah!!! Itulahpengorbanan korang untuk mengharumkan Nama Negara!!

Sanggupkah korang dan aku membuat pengorbanan berpisah dengan harta benda kerana Allah?
Sanggupkah korang dan aku membuat pengorbanan berpisah dengan keluarga kerana Allah?
Sanggupkah korang dan aku membuat pengorbanan ambik cuti annual leave kerana Allah?
Sanggupkah korang dan aku membuat pengorbanan ambik cuti unpaid leave kerana Allah?
Sanggupkah korang dan aku membuat pengorbanan Nyawa hingga jadi mayat kerana Allah?
Sanggupkah korang dan aku???
Sanggupkah???

Buat masa ini, aku masih dalam dua..  dalam dilema.. aku masih belajar dan aku teringin sekali untuk membuat pengorbanan ini, tapi aku tak mampu.. aku takut aku tak mampu untuk lakukan semua ini.
Aku boleh menghadiri Usrah, Aku boleh menghadiri ceramah agama, Aku boleh berpisah dengan keluarga, Aku boleh berpisah dengan harta benda namun, aku jiwa aku masih muda.. Godaan utk aku masih terlalu kuat... Belajar perlukan masa..

Arghh.. lupakan.. yg penting inilah erti pengorbanan sebenar..

58 comments:

  1. Apabila kita berusaha untuk sesiapa jua, kalau kita ke ewa pasti akan terasa sgt pengorbanan ..... Usaha...

    BalasPadam
  2. insyaAllah beb...tapi yang skrg banyak tgk pngorbanan ke arah lain,maksud ak kearah dunia semata-mata...

    BalasPadam
  3. korban memerlukan pengorbanan

    BalasPadam
  4. ermm...tetibe teringat"berkorban apa saja
    harta atau pun nyawa" @_@

    BalasPadam
  5. insyaAllah.. jika kita ada keinginan pasti ada jalan...

    teruskan berkorban hanya kerana Allah...

    dalam hidup kita, kita perlu 2 benda... dunia dan akhirat baru la muslim yang sejati...

    belajar itu juga satu pengorbanan dan ikhlaslah lakukan kerana Allah...
    dalam belajar kita perlu berkorban masa untuk hadiri majlis2 ilmu, itulah satu pengorbanan, untuk belajar kita terpaksa jauh dari ahli keluarga, itu juga perngobanan,
    apabila kerja, kita memberi sedikit kesenangan kepada mereka yang susah, itu juga pengorbanan,
    dan banyak pengorbanan yang akan kita mampu lakukan kan??

    cuma satu yang sukar kita lakukan... ikhlas hanya kerana Allah... moga kita semua mendapat rahmatnya....:)

    BalasPadam
  6. Sebenarnya kita boleh sahaja untuk bercakap tentang pengorbanan tapi masih teragak-agak untuk melaksanakannya.

    BalasPadam
  7. kadang2 kita berkorban apa saja...
    tapi tak ada orang yg menghargainya...
    sedih!

    BalasPadam
  8. Pengorbanan... besar dan luas pengertiannya.. selagi tidak melanggar syariat agama, perintah Allah SWT lakukanlah pengorbanan dengan hati yg ikhlas. Seorang ibu atau bapa yg berjaga ditgh malam krn menjaga anaknya yg sakit juga dikira pengorbanan kerana Allah.. Anak itu amanah dr Allah.. Kita korbankan masa tidur kita utk anak yg dikurniakan oleh Allah SWT itu..

    BalasPadam
  9. lum penah lagi teruji dgn erti pengorbanan sebenar...

    dah tak pasti samada kuat tau tak utk lakukan...huhu

    perlu kekuatan mental dan fizikal apalgi melibatkan org tersayang

    salam kenal :)

    BalasPadam
  10. pengorbanan tiada hentinya, selagi ia ke jalan Allah walaupun sekecil mana ia tetap dinilai. berkorbanlah mengikut kemampuan diri...

    terima kasih kerana sudi singgah...

    BalasPadam
  11. byk kali juga mngorbankn kpntingn dr sndiri dmi org lain

    slamat hr ry korban, dik ;D

    BalasPadam
  12. Ibu2 korbankan tido jaga anak malam2 pun kira korban gak kan.. dapat pahala gak tu.. :) (tu kira korban paling simple)

    BalasPadam
  13. pengorbanan mudah untuk disebut.. tp payah untuk melaksanakan..

    BalasPadam
  14. mmmm....
    byk sgt yg terpaksa kita lupakan utk diri sendiri demi utk anak2, suami dan org tersyg....

    aishhh...byk laa korbannya...korban masa, tenaga...etc etc....heheheh

    tp kemanisannya tetap ade walaupun terpaksa berkorban...may b itu makna korban pada diri sy kot...

    BalasPadam
  15. hanya dengan kerelaan hati yang tulus >_<

    p/s: da follow sini :D

    BalasPadam
  16. yang penting kita kene sntiasa belajar n berusaha ke jalan Allah yang Esa kann ^__^

    try to do the best thing

    BalasPadam
  17. Salam;
    maha berat soalan2 yg diajukan ni,lebih2 lagi soalan 1-2..jawab ya memang mudah tapi seiklas mana kita melakukannya sedakan kita manusia yg mudah leka dan lemah...hanya tuhan saja tahu sejauh mana umatnya mampu berkorban ke jalannya dan berapa ramai yg mampu bertahan,walaupun kita yakin kita boleh buat dan sedang kearah itu.

    BalasPadam
  18. bnyk yang kau tau pasal sejarah

    BalasPadam
  19. pengorbanan perlukan keikhlasan

    Tapi, kadangkala kita terlupa untuk niatkan kerja kita ikhlas 'kerana ALLAH'

    Jadi, bagaimana pengorbanan yang ikhlas akan hadir - Ingatan untuk saya

    BalasPadam
  20. akak baru-baru ni mengorbankan hiasan duniawi semata-mata kerana Allah atas tuntutannya..alhamdulillah..terlaksana sudah :)

    BalasPadam
  21. pernah berkorban utk keluarga..selebihnyer aku selalu yg terkorban....tp rasanyer tu pun pengorbanan....selamat aidiladha

    BalasPadam
  22. ...kdg2 kita suka saja bercerita pd org betapa tinggi amalan kita berbanding org lain.

    Tapi cuba kita bg senarai soalan spt di atas pada mereka. Adakah mrk sgp?

    BalasPadam
  23. Assalamualaikom!

    TQ sebab singgah rmh akk. Akk suke awknye point-of-view.. kdg2 kite dpt blajar dr org yg tgh blajar ni.. :)
    balik kg dh tu? slamat raye!

    BalasPadam
  24. insyaAllah ko ok.. try slow2 ok.. mmg xleh la nk brubh mndadak.. kne wat scra bpringkat gak hehehe

    BalasPadam
  25. pengorbanan tu tak perlukan balasan..yer dak??

    BalasPadam
  26. Tima kasih dtg melawat blog saya... selamat berkenalan

    BalasPadam
  27. salam satu pengorbanan berpisah dengan harta benda kerana Allah adalah dengan membelanjakan harta ke jalan Allah.

    berpisah dengan keluarga kerana Allah adalah dengan berjihad dan keluar mencari rezeki kerana Allah

    bagi akak pengorbanan tu adalah dilakukan mengikut kemampuan seseorang. sebagai contoh. sebagai pelajar, tentu fattah ada tanggungjawab yang perlu dilaksanakan. Islam tak menyuruh kita buat sesuatu yg diluar kemampuan.

    tu cuma pendapat akak lah.. akak pun banyak kena belajar lagi.. hehe..

    selamat hari raya aidiladha utk fattah dan keluarga..

    BalasPadam
  28. mengenepikan kepentingan diri demi insan yg di sygi

    BalasPadam
  29. masih berusaha betulkan maksud hidup...

    BalasPadam
  30. b'korban demi ibu bapa yg plaing utama bg aku... =]

    BalasPadam
  31. assalamualaikum zul...kena cari juga mcm mana pengorbanan yg sebenarnyakn moga kita temuinya nanti dan faham akan maksud yg tersirat...

    BalasPadam
  32. Jom berkorban hanya kerana-Nya..

    aku belum lagi mampu berkorbankan blog ini bil ada sesuatu yang lebih penting untung di utamakan.. hurm..

    *Selamat hari raya aidil adha fattah!..

    eh.. fattah.. nama tu.. hahaha.. abaikanlah.. ;p

    BalasPadam
  33. insyaAllah weyh... pasti bole....

    weyh... blog yg aq pilih rie 2 folo ko dlm diam kot... die bce story mory ko... heehehe ... hebat... ekekek...


    fatah.... :'( aq sedih kot... http://eusaida.blogspot.com/2011/11/selamat-hari-raya-aidiladha.html

    BalasPadam
  34. aku sanggup korbankan tidur aku untuk study physic walaupun aku tahu result physic aku memang akan ke longkang srottt srottttt

    BalasPadam
  35. berkorban untuk sesuatu perhubungan itu demi Allah :)

    BalasPadam
  36. huhu..
    apa yang saya nampak erti pengorbanan, yang paling dekat, pengorbanan seorang ayah :)

    BalasPadam
  37. ha,,,mcm ada sama skit la..

    skang ni aku bkorban duniawi semata kot... kje, kje ptime, n blaja ptime... so susah nk balik kg, or nk menghadiri majlis2 kawan2.

    BalasPadam
  38. bergantung pada pandangan diri sendiri....berkorban boleh dilakukan dalam masa bila2 sahaja...demi orang lain dan bukan untuk diri sendiri

    BalasPadam
  39. action speaks louder than words...

    tu yg penting. secara bercakap sahaja tanpa tindakan ibarat angin lalu shj...

    BalasPadam
  40. huhuhu..masih belajar menghayati erti pengorbanan :")

    BalasPadam
  41. gud entri. muhasabah diri :) free2 lawat lah blog ku :)

    BalasPadam
  42. tepuk dada tanya selera ...mudah.

    BalasPadam
  43. hidup ni byk dgn pilihan, stp pilihan yg dibuat mesti ade pengorbanan.. tp pengorbanan yg terbesar adelah pengorbanan sebenar..

    BalasPadam
  44. allahhu akhbar... segar dan sedar dari pembacaan di sini... bagus sekali tulisannya.. teruskan usaha dalam berdakwah... mari hayati pengertian korban itu..


    terima kasih sudi follow blog saya. maaf atas kelewatan membalas kunjungan serta mem-follow blog kamu.. harap terus berhubung ya.. salam lebaran n salam berkarya...

    BalasPadam
  45. betul tu. pengorbanan yang nak dibuat disebut memang senang disebut. tapi, nak buat tu memang susah.

    BalasPadam
  46. ohhhh
    diri terlalu hina
    entah berapa sangat yg aku korbankan untuk Tuhan ku
    sedihnye.. =(

    BalasPadam
  47. Pengorbanan memerlukan kita untuk berkorban..yang penting tanya sama itu iman.sanggupkah dia?

    BalasPadam
  48. Erti sebuah pengorbanan bukan hanya terletak pada bentuk wang ringgit semata... malahan meluas sekali dan memerlukan keiklasan dalam hati

    ★°°•.★°°•.★°°•.★°°•.★°°•.★
    Selamat Hari Raya Aidil Adha
    pada Korang semua yerr
    ★°°•.★°°•.★°°•.★°°•.★°°•.★
    diy polishing head lamp kereta

    BalasPadam
  49. pengorbanan tu perlukan kesabaran yang tinggi

    BalasPadam
  50. erti pengorbanan , ta ramai yg faham (:

    salam aidiladha

    BalasPadam
  51. saya tak mintak kerja dengan bank konvensional untuk jawatan yang terlibat direct dengan unsur riba'. sekarang still belum dapat kerja. tapi tak pe lah. biar la lambat, asalkan berkat. rezeki Allah yang bagi. =)

    terima kasih sebab ingatkan pasal pengorbanan untuk agama ni. sama2 kita dekatkan diri denganNya.

    BalasPadam
  52. kenapa rase cm lme je kamu menyepi..hihi..salam aidiladha zul :)

    BalasPadam
  53. Aku same dengan ko...ape yang ko pk, tu la yang aku pk..ko ni lahir bulan bape?psl ape ape yang ko pk sme dgn apa yang aku pk?

    BalasPadam
  54. pengorbanan itu sememangnya perlukan kekuatan .. dan kekuatan perlu dibina ! :)

    BalasPadam

Terima Kasih :D