+60 111-684 0717 BLOG PENULISAN ZUL FATTAH

Jumaat, 21 Oktober 2011

Pesanan Untuk Insan Yang Bernama Wanita.

8:21:00 PTG

Share it Please
Ali r.a. meriwayatkan sebagai berikut: 
"Saya bersama Fatimah berkunjung ke rumah Rasulullah & kami temui beliau sedang menangis. Kami bertanya kepada beliau, "Mengapa tuan menangis wahai Rasulullah?" 
Beliau menjawab, 
"Pada malam aku di Isra'kan ke langit, daku melihat orang sedang mengalami berbagai penyeksaan...maka bila teringatkan mereka aku menangis
Saya bertanya lagi, 
"Wahai Rasulullah apakah yang tuan lihat?"
Baginda bersabda:

1. Wanita yang digantung dengan rambutnya & otak kepalanya mendidih.

2. Wanita yang digantung dengan lidahnya serta tangannya dipaut dari punggungnya sedangkan air yang mendidih dari neraka dituangkan ke kerongkongnya.

3. Wanita yang digantung dengan buah dadanya dari balik punggungnya sedangkan air getah kayu zakum dituang ke kerongkongnya.

4. Wanita yang digantung, diikat kedua kaki & tangannya ke arah ubun-ubun kepalanya serta dibelit dibawah kekuasaan ular & kala jengking.

5. Wanita yang memakan badannya sendiri serta dibawahnya tampak api yang menyala-nyala dengan hebatnya.

6. Wanita yang memotong badannya sendiri dengan gunting dari neraka.

7. Wanita yang bermuka hitam & memakan ususnya sendiri.

8. Wanita yang tuli, buta & bisu dalam peti neraka sedang darahnya mengalir dari rongga badannya (hidung, telinga, mulut) & badannya membusuk akibat penyakit kulit dan lepra.

9. Wanita yang berkepala seperti kepala babi & keldai yang mendapat berjuta jenis siksaan

Maka berdirilah Fatimah seraya berkata,
"Wahai ayahku, cahaya mata kesayanganku... ceritakanlah kepadaku apakah amal perbuatan wanita-wanita itu."

Rasulullah s.a.w. bersabda, "Wahai Fatimah, adapun tentang :

1. Wanita yang digantung dengan rambutnya kerana dia tidak menjaga rambutnya  dikalangan lelaki.

2. Wanita yang digantung dengan lidahnya kerana dia menyakiti hati suaminya dengan kata-kata.

3. Kemudian Nabi s.a.w. bersabda: 
"Tidak seorang wanita yang menyakiti hati suaminya melalui kata-katanya kecuali Allah akan membuatkan mulutnya kelak dihari kiamat,selebar 70 zira' kemudian akan mengikatnya dibelakang lehernya.

4. Adapun wanita yang digantung dengan buah dadanya kerana dia menyusui anak orang lain tanpa izin suaminya.

5. Adapun wanita yang diikat dengan kaki & tangannya itu kerana dia keluar rumah tanpa izin suaminya, tidak mandi wajib dari haid & nifas.

6. Adapun wanita yang memakan badannya sendiri kerana suka bersolek untuk dilihat lelaki lain serta suka membicarakan keaiban orang.

7. Adapun wanita yang memotong badannya sendiri dengan gunting dari neraka kerana dia suka menonjolkan diri (ingin terkenal) dikalangan orang yang banyak dengan maksud supaya orang melihat perhiasannya dan setiap orang jatuh cinta padanya kerana melihat perhisannya.

8. Adapun wanita yang diikat kedua kaki & tangannya sampai ke ubun-ubunnya & dibelit oleh ular & kala jengking kerana dia mampu mengerjakan solat & puasa. Tetapi dia tidak mahu berwudhuk & tidak solat serta tidak mahu mandi wajib.

9. Adapun wanita yang kepalanya seperti kepala babi & badannya seperti kaldai kerana dia suka mengadu-domba (melaga-lagakan orang) serta berdusta.

10. Adapun wanita yang berbentuk seperti anjing kerana dia ahli fitnah serta suka marah- marah pada suaminya.

Sumber : Laman Ilmu

p/s: Ingatlah wahai wanita!!! Jangan terlalu leka dengan nikmat dunia ini.. 

45 comments:

  1. terima kasih atas peringatan..

    BalasPadam
  2. jauhi aku dari semua ini Ya Allah...

    BalasPadam
  3. beb,ak suka entri2 ko skrg...alhamdulillah...lelaki juga jgn lupa....

    BalasPadam
  4. gud entry!!! ske2..bgus nie..

    BalasPadam
  5. Maha suci Allah..mintak dijauhkan dari seksaan sedemikian dasyat~

    BalasPadam
  6. terima kasih kerana mengingatkan..good sharing..
    nak bace buku ni?
    http://wwwzuemygen91.blogspot.com/2011/10/aku-terima-nikahnya.html

    BalasPadam
  7. thanks zul kongsikan nasihat ini... hurm...

    BalasPadam
  8. assalamualaikum zul...mekacih berkongsi n juga mengingatkan kaum hawa tentang semuanya ...gud n3...:)

    BalasPadam
  9. selamat malam zul
    sentiasa bersyukur kerana mengenali kamu

    terima kasih berkongsi ttg hal ini..
    walau kak dah pernah baca, sekurangnya ianya menambahkan lagi ilmu yang ada...

    kerana akhir zaman wanita kian lupa....
    astafirullah..

    BalasPadam
  10. menakotkan...huhu...smoga dpt dielakkan bende2 gitu..insyaallah :)

    BalasPadam
  11. takut msa bca, tp bila btul2 nak elakkan dr buat.. hurmm..

    BalasPadam
  12. tak kire laki atau wanita yg suruhanNya mesti dilaksanakan dan diutamakan larangannya pula ditinggalkan...

    BalasPadam
  13. moga dijauhkan dengan semua ini

    BalasPadam
  14. nauzubillah...moge2 kite ke arah y lbey baik...amin...

    BalasPadam
  15. nasib bek aku laki2 lalalalalalal
    hhrerhhe

    BalasPadam
  16. semoga kaum hawa mendapat peringatan seperti ini...

    BalasPadam
  17. Wanita... senang nak masuk syurga..senang juga nak masuk neraka...

    BalasPadam
  18. astaghfirullahalazim. >.< sanngat hampir. thanks for the reminder.

    BalasPadam
  19. gerun membacanya


    Superb audio system by Jason.http://gilamodified.blogspot.com/2011/10/jason-excellent-sound-part-2.html

    BalasPadam
  20. lelaki sbg pemimpin wanita juga bertanggungjawab sebenarnya.. terutamanya lelaki sbg suami kepada isteri, abg kepd adik, ayah kpd anak perempuannya.. kenalah selalu menasihati akan kealpaan wanita krn wanita ini punya nafsu 9.. perlu bimbingan... kalo wanita melakukan perkara keburukan tetapi lelaki sekadar melihat lelaki juga yg bertanggungjwab... anyway gud entri..

    BalasPadam
  21. saling ingat mengingati.. terima kasih share geng...

    BalasPadam
  22. wanita paling senang masuk syurga. tapi wanita yang ramai jadi penghuni neraka. =)

    BalasPadam
  23. pernah baca artikel ni.sebab artikel ni la buat akk termimpi-mimpi.adoi...banyak betul dosa yg akk dah buat.nice sharing Fattah.thanks 4 the info :)

    BalasPadam
  24. Salam;
    Inilah kebenarannya..pada cik Queen Teratai jgn bimbang lelaki pun ada siksaannya sendiri.lelaki dan wanita ada tanggungjawab tersendiri didunia..peliharalah amanah masing2.

    P/s..mungkin bro Zul buat entri siksaan untuk para suami pulak lepas ni..

    BalasPadam
  25. ya allah ,, takutnya.. thanks sebab tolong ingatkan :)

    BalasPadam
  26. berat menjadi seorang wanita..

    BalasPadam
  27. sama2 la kita beringat.. btw thanks brooo.. ^_^

    BalasPadam
  28. terima kasih :')
    sangat mengerikan..

    BalasPadam
  29. terima kasih mengingatkan..

    sesungguhnya, wanita itu satu golongan yang sangat mudah untuk masuk sama ada ke syurga mahupun neraka..

    BalasPadam
  30. bagus untuk peringatan kita bersama

    BalasPadam

Terima Kasih :D