+60 111-684 0717 BLOG PENULISAN ZUL FATTAH

Selasa, 25 Oktober 2011

Berbohong? Bukanlah.. Inilah erti Pengorbanan..

9:48:00 PTG

Share it Please

Setiap orang mempunyai seorang ibu, tidak kisahlah ibu kandung ke, ibu tiri ke, ibu kutu?
Perkataan ibu itu sendiri membawa maksud yg sangat mendalam...

IBU. Rangkaian tiga huruf ini sungguh menggetarkan jiwa ketika terucapnya dilidah. Dialah manusia yang di bawah telapak kakinya ada surga. Penghormatan padanya tiga kali disebut Nabi lebih utama dan pertama, baru kemudian Ayah. Maka, siapa yang tak punya kenangan indah tentang Ibu? Cakap kat aku.. aku nak lihat siapa ibu korang? Tampaq sat g baru tau...

Bercakap soal pengorbanan.? memang besar dan tidak ternilai.. Aku tak dapat ceritakan semua tentang kehebatan Ibu-ibu di atas muka bumi ini. Kerana setiap Ibu ada kelebihan dan kekurangan masing-masing dalam menjaga anak-anaknya.
Maaf.. aku membahasakan Ibu aku dengan panggilan "Mek".

Bagi aku... Mek akulah yg paling kental jiwanya. Paling kuat semangatnya untuk hidup. Paling tenang ketika musibah mendatang. Tenang ketika anak-anak yg lain menangis melihat jenazah arwah Ayah...

PERTAMA - Cerita bermula ketika aku masih kecil, aku terlahir sebagai seorang anak laki-laki di sebuah keluarga yang miskin... Sewaktu makan nasi bersama keluarga.. Mek aku selalu bagi anak-anaknya yg lain makan dulu sampai habis, dan jikalau aku tak cukup lauk...  Mek aku bagi lauk yg berada di dalam pinggan  nasinya. Maklumlah, seekor ikan dibahagi dua.. 

"mana kenyang"  inilah yg bermain dibenak kepala aku..

"Make la, mek tak habis lauk ni" -- <bahasa kelate>
"Makan la, Mak tak dapat nak habiskan lauk ni" -- <translate>


Masa itu aku bodoh.. aku terus ambik lauk Mek dan makan tanpa memikirkan tentang Mek aku. Lepas itu, aku tengok, Mek aku makan nasi putih bersama budu dan berulamkan pucuk ubi kayu je...

KEDUA - Ketika aku mulai dewasa. aku teringin nak pakai sesuatu yg baru, baju baru. Aku tahu Mek aku tak ada duit. Aku tak memikirkan tentang Mek aku masa tu. Aku marahkan Mek aku. Sebelum ni, aku hanya dapat merasa baju baru bila tiba masa hari raya je... Aku serik dengan ejekan kawan-kawan aku, sebab aku  pakai baju koyak... 

"Ni, Mek ada beli baju baru untuk Fattah"

Mek aku beli baju baru untuk aku, Aku tak memikirkan dari mana Mek aku dapat duit beli baju itu. Sminggu slepas itu, aku ternampak Mek aku bayar hutang duit baju pada Mak Saudara aku. 
Rupa-rupanya Mek aku pinjam duit adik dia untuk beli baju baru aku.

"Lepas ni, tak payah beli la, baju lagi kat ore.. biar ore pakai baju biaso jah"
"Lepas ni, Mek tak perlu lagi beli baju baru untuk saya, biar saya pakai baju yang biasa je"-- <translate>

Selepas itu, aku tidak lagi meminta untuk dibelikan baju baru @ pakaian baru. Aku pakai yg ada je. baju yang orang kampung sedekahkan pun masih banyak lagi. Aku tak kisah apa yg kawan-kawan aku cakap masa itu.. Sekrang ni, aku biar papa asal bergaya.. 

KETIGA - Sewaktu di alam persekolahan.. aku, abang  dan kakak aku belajar disekolah yg sama. Jadi perbelanjaan dan keperluan persekolahan semakin meningkat. Mek aku terpaksa kerja kuat lagi. Buat kuih muih untuk dijual di pagi hari. Pukul 4 pagi, Mek aku bangun untuk siapkan segala bahan-bahan, mengadung acuan kuih, memasak.. merebus.. dalam 5 jenis kuih Mek aku buat dalam satu pagi itu. Ketika anak-anaknya yg lain, masih lena dibuai mimpi, Mek aku bertungkus lumus nak siapkan kuih muih untuk dijual...

Ketika aku bangun, kerna terjaga oleh cerah lampu didapur. Aku lihat Mek aku masih lagi terbongkak mengukus kuih pau. 

"Mek buat gapo ni?  Awal lagi ni..? tak tido ko Mek?"
Tanya aku dengan pertanyaan yg sudah terjawab di benak kepala aku...

"Mek tak leh tido, jadi mek bangun la buat kuih. Fattah g la tido dulu"
Jawab Mek aku dengan nada yg keletihan, sambil melemparkan senyuman manisnya kepada aku. Sukar untuk aku melupakan saat itu. Kerana inilah penat lelah.. peluh keringat seorang ibu untuk membesarkan 10 orang anaknya..


KEEMPAT - Setiap kali aku menghadapi ujian peperiksaan sekolah, dari UPSR, PMR dan sampailah SPM. Mek aku akan buat solat hajat disurau untuk aku. Walaupun dengan kesuntukan duit waktu itu. Mek aku tak loket untuk berbelanja lebih bagi menjamu jemaah di surau kampung aku yg sudi solat hajat untuk aku. Walaupun ianya sekadar pulut kuning, ianya sangat istimewa bagi aku kerna, Mek aku yg buat sendiri. 

Tapi dalam pada masa yg sama, aku masih lagi membantah. Kenapa nak buat semua ini?

"Tak payoh la buat maye hajat ni.. kat sekolah cikgu buat doh.. Wat bazir duit mek jah"
"tak perlulah buat solat hajat, di sekolah cikgu dah  buat. Membazirkan duit Mek je."--<translate>
Aku meluahkan rasa tidak puas hati aku..

"Takpo la, sekali skalo.. bukan slalu Mek ado duit lebih ni. Ni pun, kakak mu yg bagi"
"tak pe, sekali sekala, lagipun bukan selalu Mek ada duit lebih. Inipun duit kakak kamu yg bagi"--<translate>
Balas Mek aku dengan nada kesal atas sikap aku..

Aku tahu, ini semua duit hasil jualan kuih je.. tiada dari sumber lain. Sebab aku anak Mek aku. Aku tahu tentang keluarga aku. Diaorng semua, bukan ada duit pun..


KELIMA - Setelah kepergian ayah kerana sampai ajal, Mek aku mengambil alih tugas sebagai ayah dan ibu. Bagi akulah, hari-hari yg berlalu selepas ayah tiada, bagaikan hari air mata. Setiap hari aku melihat ahli keluarga aku mengalir air mata. Mek aku masih lagi cekal, cuma Mek tak boleh dengar apa orang katakan tentang kisah arwah ayah... Mungkin kerana terlalu banyak kenangan mek dengan arwah. 


Namun di balik tingkap rumah.. Aku melihat, Mek aku akhirnya mengalirkan air mata. Panas mungkin itulah rasanya.. kerana terlalu lama tersimpan di dalam kelopak mata.. Mungkin Mek aku tak nak anak-anaknya nampak kesedihan yg dialami olehnya..

KEENAM - Sewaktu aku belajar di Kolej Mara Kuala Nerang, dan itulah pertama kalinya aku berjauhan dengan Mek aku dan keluarga. Berat rasanya Mek aku nak melepaskan aku pergi masa itu.. tapi demi menuntut Ilmu, dia rela.. Kehidupan di tempat orang, tidak mempengaruhi hidup aku. Aku masih sama seperti dulu, rindukan rumah dan Mek aku. 
Acap kali aku telefon Mek aku, namun tidak dijawab. Semua ahli keluarga aku tidak menjawab paggilan aku. 
Waktu itu, aku jadi cemas. Macam-macam perkara bermain difikiran aku. 

namun setelah aku dapat tahu, yg Mek aku sakit.. Ini sakit lama, cuma dia datang kembali waktu itu. Dulu, aku tak boleh tengok Mek aku, yg meraung kesakitan, memang sakit. Itulah yg mampu aku ungkapkan. dari riaksi wajah Mek aku menahan sakit. Hanya dia yg menanggung..

" bakpo Mek tak oyat mek sakitnyo.. ? wat orang risau jah.."
marah aku pada Mek aku..

"tak po la, Fattah kan nak periksa.. Lagipun pun, Mek dah segar doh ni.. Tunggu anak Mek jadi doktor dulu lah, baru Mek g bedah"
Balas Mek aku.. membuatkan air mata aku mengalir waktu itu..

Mek, Fattah mintak maaf sebab tak mampu nak jadi doktor. tapi demi Mek, Fattah sekrang ambik course BioMedical Electronic Engineering... Mungkin suatu hari nanti, bila Fattah dah grad, dapat kerja. Fattah sendiri yg aku handle operate Mek.. InsyaAllah.. 


Kelmarin, aku telefon Mek aku, katanya Mek sakit, demam biase je.. harap-harap, aku masih mampu untuk menunaikan hasrat Mek aku. Mek aku teringin untuk lihat satu-satunya anak dia ni, graduate.. Kerna dalam 10 orang adik beradik aku, hanya akulah yg mampu masuk Universiti..


Ok la, rasanya cukuplah untuk aku menjelaskan pengorbanan Mek aku. Sebenarnya, banyak lagi. Cuma untuk masa ini, cukuplah setakat ini..

Cuba korang fikirkan, dan renungkan disebalik kisah ini.. Ini bukan kisah rekaan @ kisah dongeng.. tapi inilah Pengorbanan Mek aku untuk keluarga aku..

So moral of the story... 

* Sudah berapa lamakah kita tidak menelefon ayah ibu kita?
* Sudah berapa lamakah kita tidak menghabiskan waktu kita untuk berbincang dengan ayah ibu kita?

Di tengah-tengah aktiviti kita yang padat ini, kita selalu mempunyai beribu-ribu alasan untuk meninggalkan ayah ibu kita yang kesepian.

Kita selalu lupa akan ayah dan ibu yang ada di rumah. Jika dibandingkan dengan pasangan kita, kita pasti lebih peduli dengan pasangan kita. Buktinya,

* kita selalu risau akan kabar pasangan kita,
* risau apakah dia sudah makan atau belum,
* risau apakah dia bahagia bila di samping kita.

Namun,

* apakah kita semua pernah merisaukan kabar dari orangtua kita?
* Risau apakah orangtua kita sudah makan atau belum?
* Risau apakah orangtua kita sudah bahagia atau belum?

Apakah ini benar?
Kalau ya, cuba kita renungkan kembali lagi... Di waktu kita masih mempunyai kesempatan untuk membalas budi orangtua kita, lakukanlah yang terbaik. Jangan sampai ada kata "MENYESAL" di kemudian hari.

49 comments:

  1. sayu je aku bace
    emm..bagusnyelah..
    semoga Mek selalu sihat sokmo na =]



    biomediacal eng?
    wee..same goes to me lah..junior den ni =]

    BalasPadam
  2. :) untung mak kau dpt kau zul

    BalasPadam
  3. siyes teharu baca..tp kan, mkn nasik dgn budu je sgt sdp!


    blajaq elok2 naa....




    wehh junior aku kot KMKN!!! oyeahh

    BalasPadam
  4. Owh, awk gil mak awk mek ye??? wahhh, besanyew pengorbanan mak awk... so jgnlah lukakan hti dia...^.^ *I LOVE MY MOM*

    BalasPadam
  5. serius aku menangis..kagum aku dgn ketabahan mek ko...

    mak..tak ada sape boleh ganti tempat die kan..

    ps: aku tiap hari kol mak ngan abah. hehee..

    BalasPadam
  6. pengorbanan sebenar seorang ibu kepada kita , walaupun kite seringkali memarahi dan melawan cakapnye. FATTAH beruntung la kau dapat seorang wanita yang bergelar ibu yang baik utk kau. kite tidak sama dalam situasi ini tetapi aku dapat merasai pengorbanan seorang ibu. bersyukurlah kawan (:

    BalasPadam
  7. mg ni..wat ak tingat kt arwah ma ak jah..seyes sedih..
    bg yang masih ada insan bergelar ibu, mak, ummi dan seumpamanya..hargailah..
    hamba ini kesal sebab tidak berpeluang membalas jasa arwah mak hamba tika hayatnya ada..menyusahkan lagi adalah

    BalasPadam
  8. besar pengorbanan Mek ko tu...kena hargailah semua tu...buat Mek ko bangga dengan ko..jangan sia2 kan harapan Mek ko tu bro... (^^,)

    BalasPadam
  9. waaaaa....aku dh nangis nie..

    T____T

    BalasPadam
  10. Pengorbanan seorang Ibu.. Hargailah ibu anda selagi masih hidup...

    BalasPadam
  11. kau mmg ditempatkan di suatu tempat yang kau saja mampu melaluinya.

    sungguh aku sayu membaca, sehingga aku terfikir, kenapa aku tak mampu berjauhan dari keluarga.

    jagalah mek kau elok-elok. kau anak yang baik.

    BalasPadam
  12. speechless........rupanya ang ni ngaji kat kolej kampung aku..haha

    BalasPadam
  13. macam sedih aje...huhuhu...pergorbanan yang sungguh besar..nak nangis :(

    BalasPadam
  14. ketika kita makan makanan sedap-sedap di kafeteria kolej,kita selalu terlupa untuk fikir sejenak apa yang mak ayah kita sedang makan kat rumah...mungkin mereka mengikat perut kerana duitnya dikirim untuk anaknya di univerisiti...

    BalasPadam
  15. kisah hidup kita hampir sama..

    sbb tu la sy lbh pntingkn kluarga dr org lain..

    BalasPadam
  16. salam;
    sodeh bona cerita awak ni..tak mampu aku nak komen..tambah pulak mak aku dah 7thn meninggal..byk sangat dosa aku ngan emak.

    BalasPadam
  17. okkk, aku nangis baca entry nie. terus cepat cepat aku call ibu aku. alhamdulilah ibu aku sihat. aku tengah belajar sungguh sungguh nak jadi doctor macam ibu aku hajatkan. kau fattah, belajar rajin rajin. aku doakan mek kau sentiasa sihat biar kau dapat balas jasa mek kau. :)

    BalasPadam
  18. menitik gak airmata ni..aku memang cukup sensitif kalau baca bab2 orang tua dan kanak2..

    nasibmu lebih kurang sama jerk..lahir dalam keluarga yang ramai dan susah..alhamdulillah kini semua dah besar2..

    belajar rajin2 tau...insyaallah semoga tercapai hajat mek!!

    BalasPadam
  19. ya allah.. teringat satu ketika sewaktu kami sekeluarga hanya makan nasi berlaukkan sambal tumis kosong.. mak cakap... "sedapppp makan nasik putih dengan sambal tumis..." saya makan dengan berselera... bila dikenang2 waktu dah besar panjang ni, baru tahu, masa tu, mak dan abah tak berduit nak beli ikan mahupun ayam... besar sungguh pengorbanan mak dan abah... nice entry.... bagus... teruskan usaha...

    BalasPadam
  20. Besar pengorbanan mek... Kita belum tentu boleh buat macam dia... Itu beza kita dngn mak... Selalulah buat dia tersenyum, dia dah puas berkorban...

    BalasPadam
  21. huhu....btl 2...diorg tipu utk bg kita senang T_T

    BalasPadam
  22. sayu aku baca entry.. :’) Hargai mak kau k..

    BalasPadam
  23. bohong klu sy kata sy tidak menagis dgn entry anda ini...mudah2an anda akn dpt jadi anak yang selalu menyenangkan ibu anda..insyaAllah..:)

    BalasPadam
  24. Berbohong untuk kebaikan.. :D

    BalasPadam
  25. nanges aq bce ni weh...
    kau bljr rajen2 taw...jgn maen2...




    *mslh aku,bkn pakwe semata-mata...psl hdup mati,masa dpn aku.

    BalasPadam
  26. terharu kancil membacanya....memang betul itulah pengorbanan mereka...hargailah mereka selagi kita masih bernyawa

    BalasPadam
  27. besarnya pengorbanan mak tu, kasih sygnya cukup luas. makkkkkkkkkkk, mak tgh tdo ni, alhamdulillah mak dpn mata je

    BalasPadam
  28. rindu kat mak aku..
    alaaa..ko jeles kan aku buat entri nak balik rumah je kan..hahahaha...
    aku ngah homesick nie..ko kena paham..hahahaha ;p

    BalasPadam
  29. tersentuh!.. sebagai anak.. aku kadangkala sering lupa pengorbanan seorang emak dan ayah.. kejamnya aku.. -__-

    BalasPadam
  30. sayangilah mek demo tu . peringatan kat dr sendiri jga .

    oo , ore kelate ke ? heee :). same ah .

    BalasPadam
  31. zul,balas balik jasa mak ko k..ak pn pn sedih gak baca entry ko ni..ak lglah,dr kecik smpai besar la ni dok ngn mak ak..ak ank tnggal,dok ngn mak ak jer..so dr kecik mmg ak tgk btapa susah mak ak jga ak n besarkan ak,..snggup ambil upah basuh kain umah org lagi,jd bhn cemuh org dr kcik..tp mak ak tbh hdapi semua tu..mmg tak terbls jasa mak ak,smpai ak mati pun takkan terbalas sume pergorbanan tu...:'(

    BalasPadam
  32. mak ambo pun oghe kelate. hehe.

    besarnya pengorbanan seorang ibu ni kan. mak saya pun selalu makan sikit takut anak-anak tak cukup. sekarang dah faham, saya pulak makan sikit takut mak saya tak cukup. masa belajar kat universiti, kalau tak cukup duit, cepat je mak hantarkan duit.

    kalau kita sakit, kalau kita kesusahan, mak kita lah orang yang paling risau. hargai mak kita dan balas lah jasanya sebaik mungkin.

    BalasPadam
  33. sedih -.-".. nak g melwat mek..smoga semuanya shat ye..

    BalasPadam
  34. kedua ibubapa kita berbohong krn itulah pengorbanan mereka terhadap kita.. tp kita berbohong kpd mereka krn kepentingan diri kita sendiri... betul x??

    BalasPadam
  35. alhamdulillah, sekarang saya masih boleh balik rumah tiap-tiap minggu. cuti mid sem seminggu ni tolong-tolong mak dekat rumah :)

    BalasPadam
  36. T_T.. mak awak hebat.. :) sgt hebat.. kalau dah sedar sume nih, awak jangan la lukakan hati dier.. kesian dier.. :) sebab tu saya taknak study jauh2.. >,< saya kesian mak sy sunyi kat ruma kalau saya takde.. :'(

    BalasPadam
  37. kadang kadang penipuan itu terpuji..no matter hard it is, with lying we can make people around us smile :)

    BalasPadam
  38. sayu hati akak bc entri ni,,,hinestly..mmg jasa diorg tak terbalas..
    jgn kita lupe bla dah kje,,,dah jd ORANG....


    akak pun sayang nak tggal fmili,,,
    risau,,,sjak ayah tak der...:(

    risau tak der org nak jge mak@adik2,,

    hargailah mereka ketika ada,,,

    BalasPadam
  39. nie mesti kAKI DVD nie!!!

    BalasPadam
  40. o0 demo ore kelate...
    sejuk perut mek baca nih... :D

    BalasPadam
  41. terharu atok baca kisah Fattah..dapat merasakan perjalan idop tu..takpo deh, atok harap pasni Fattah blajar betul2...balas jasa mek tu...walaupun rasanya takkan terbalas..ingat janji Fattah....untuk membedah mek supaya jadi lebih sihat...Fattah adalah kebanggaan keluarga....persetankan kawan2 yang menjadi batu penghalang perjalan idup Fattah...Balaja betul2 no...

    :')

    BalasPadam
  42. tima kasih semua.. insyaAllah satu hari nanti Mek akan sihat kembali..

    BalasPadam
  43. sedih sangat baca entry ni.semoga fattah dapat membalas semua jasa n pengorbanan mek. sayangi dia selagi masih ada.mudah-mudahan Allah panjangkan usia mek.Amin.

    BalasPadam

Terima Kasih :D