+60 111-684 0717 BLOG PENULISAN ZUL FATTAH

Selasa, 4 Oktober 2011

Apakah Ciri-Ciri Wanita Solehah?

7:54:00 PTG

Share it Please


 Kedudukan wanita yang Solehah tidaklah dapat dicapai dengan hanya menonton drama filem cinta Korea atau membaca novel-novel cinta atau menyertai mana-mana jemaah atau kumpulan lalu memakai pakaian jubah dan bertudung labuh sahaja.

Kita tahu betapa ramai wanita bertudung labuh dan berjubah sering menghancurkan hati lelaki-lelaki yang beriman dan mengecewakan para pejuang Islam dan kita juga tahu wanita yang mengambil jurusan agama pun seringkali mungkir janji dan berlaku khianat.

Seperti lelaki, kita juga mengetahui lebai dan kopiah boleh dipakai dan ditanggal sekaligus juga janggut boleh tumbuh dan dicukur lalu menjelaskan bahawa penampilan luaran selalu tidak dapat dijadikan sebagai kayu ukuran kesolahan dan kebaikan..

Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wa Sallam bersabda : 
“Ketahuilah bahawa dalam tubuh ini terdapat segumpal daging Jika ianya baik maka baiklah seluruh tubuh ini dan sebaliknya apabila ianya rosak maka rosaklah pula seluruh tubuh ini.”
(Hadith sahih riwayat Bukhari 1/126 dan 4/290-Al Fath, Muslim 1599 dari Nu’man bin Basyir radliyallahu 'anhuma).

Islam Memberi Jalan Penyelesaian

" Mudah-mudahan tuhan-Nya, jika nabi menceraikan kamu bahawa tuhan pasti akan mengantikan kamu dengan isteri-isteri yang lain yang lebih baik dari diri kamu iaitu perempuan-perempuan muslimat, mukminat yang taat dan bertaubat serta beribadah yang berpuasa baik janda atau perawan" 

(At-Tahrim : 5).

Allah menyebut beberapa ciri perempuan yang solehah iaitu :

1) Perempuan muslimat yang beragama Islam dan menyerah diri kepada Allah dan rasul
2) Perempuan mukminah yang beriman dan yakin kepada Allah dan janji-janji- Nya
3) Muslimah yang taat kepada Allah dan rasul serta kepada suami
4) Muslimah yang seringkali bertaubat di atas dosa-dosa dan kesalahan dan kejahilannya
5) Muslimah yang rajin menunaikan ibadah dan berpuasa kerana dengan puasa itu dapat mengawal hawa nafsu dan kelakuan.

“ Sesungguhnya Allah memberi hikmah kepada sesiapa yang dikehendaki- Nya dan barangsiapa yang diberikan hikmah maka sesungguhnya dia telah mendapat kebaikan yang banyak.” 

(Surah Al-Baqarah : 269).

Islam mengajar untuk mengetahui kebaikan agama seseorang ialah melalui amalan kebaikan yang dilakukan dan kesungguhan seseorang pada agama dan hal ini dapat dilihat dengan jelas melalui kehidupan yang dilaluinya.

Seorang Saleswomen (penjual perempuan) yang bekerja di supermarket sekalipun kerjanya tidak bagus apabila terpaksa bercampur dengan lelaki dan menjebakkan dirinya kepada sosial dan mempromosikan barangan sehingga mendedahkan dirinya kepada pandangan buruk dan fitnah tetapi adakalanya mereka ini memiliki hati yang mulia dan suci.

“Dan hamba perempuan yang mukminah itu lebih utama dan baik bagi kamu dari perempuan musyrik yang kafir walau dianya menarik perhatian kamu” ( Al-baqarah : 221).

Mengasihi orang tua, orang susah, tidak suka bahkan benci menyakiti hati manusia lainnya apatah lagi menghancurkan hati seorang lelaki yang beriman dan sanggup bekorban menghancurkan dirinya sendiri (memiliki sifat ihsan) demi kebaikan orang lain menyebabkan tanpa tangguh golongan sepeprti ini mendapat rahmat Allah dan akhirnya dibimbing kepada hidayah dan pertunjuk dan hidupnya diberkati di langit sekalipun di bumi dia berasa hina dan tiada maruah.

Malaysia, dipenuhi wanita-wanita yang tidak bertudung , tidak menutup aurat , jahil agama dan tiada kesedaran untuk melaksanakan Islam tetapi dalam kerosakan itu ada di celah-celahan kaca yang melukakan hati anak-anak adam dan ada sejumlah wanita suci yang bersih hatinya tetapi diuji oleh Allah dengan berada di lingkungan kekotoran.

Mereka membesar tanpa ilmu agama, tanpa hidayah pertunjuk lalu hidup sosial dan bebas sehingga merosakan diri mereka tetapi punyai hati yang bersih dan suci. Alangkah bagusnya jika lelaki-lelaki muslim mendapatkan wanita-wanita ini dan diberi bimbing serta dipandu mereka sehingga mendapat hidayah dari Allah swt.


Akhir kata, tepuk dada tanyalah iman masing-masing. Siapakah kita sebenarnya?

76 comments:

  1. alangkah bagusnye kan..
    nice info..

    BalasPadam
  2. adakah sy wanita solehah itu...hehehe
    insyaalahh...

    BalasPadam
  3. Assalamualaikum...

    Baik buruk semuanya adalah ujian Allah SWT kepada kita semua..

    BalasPadam
  4. alangkah indahnya jika benar diri yang hina ini tergolong dalam kalangan itu..

    BalasPadam
  5. bnyk lg yg perlu aku perbaiki,luar dan dlm..huhu...
    tQ for sharing weh...
    aku suke.^^

    BalasPadam
  6. saya menantikan jodoh dari Allah. baru saya dapat merasai syurga cinta.

    MOHD NASER.com

    BalasPadam
  7. wanita solehah. hmm. kena ke cari isteri yg sedia ada solehah. yg tak solehah pun boleh. masih boleh dibentuk kan??

    So, terima je laa baik buruk seseorang tu. :)

    BalasPadam
  8. semoga yg SOLEHAH itu dopertemukan dgn yg SOLEH :)




    luv,
    cik ana :)

    BalasPadam
  9. nak jadi wanita solehah
    huuuu
    insyaAllah...

    BalasPadam
  10. insyaallah kamu pasti bertemu nanti...:)

    BalasPadam
  11. segalanya bermula dengan diri sendiri

    BalasPadam
  12. Wanita yang baik untuk lelaki yang baik... Nway, nice info.. Thanks for sharing..

    BalasPadam
  13. nice sharing!!!!

    may Allah bless u...

    BalasPadam
  14. nice bro,ak sokong entri2 macam ni..:)

    BalasPadam
  15. Berdoa dan cuba utk mnjadi sperti yg dinyatakan..InsyaAllah..

    BalasPadam
  16. mendapat wanita solehah sebagai isteri adalah rezeki tak terhinggakan

    BalasPadam
  17. semoga kita berada di landasan yang betul. aminnn.. :)

    BalasPadam
  18. lelaki yang memimpin bukan merosakkan...kalau pun perempuan terlanjur...lelaki yang memperbetulkan bukan ditinggalkan

    BalasPadam
  19. Mengintai solehah? moga2 bertemu dengannya..insyaAllah.

    BalasPadam
  20. ssh skrng nie,nk tgk dri penmpiln hati lak tak tau cmne,mslh2~

    BalasPadam
  21. salam zul...semoga kita menjadi seorg wanita yg solehah...:)

    BalasPadam
  22. aku solehah tak?hahahaha..gelak pun dah mcm langsuir solehah ape..hahahhaa..untuk menjadi solehah kena jaga hati mcm hadis nabi tu, tapi susahnye nak jage hati yang seketul tu. Tu la yang aku rase sepanjang hidup ni. Apetah lagi dengan iman yang lebih nipis dari kulit bawang mudah sangat ade titik hitam kat hati ni..doakan aku jadi wanita solehah utk lelaki yang soleh ye..=)

    BalasPadam
  23. sya bukanlah musliamh sejati tetapi berusaha memelihara diri sebaik mungkin....

    BalasPadam
  24. semoga aku dapat menjadi wanita solehah...aemeeenn..;)

    BalasPadam
  25. byk perkara yg perlu d perbaiki pada diri CK

    BalasPadam
  26. nk3 is3 solehah... ak pun kene jadi soleh la dulu..=)

    derhaka pada ibu bapa??=)
    http://lolz-l.blogspot.com/2011/10/6-jahanam-3.html

    BalasPadam
  27. good info...jdilah wanita2 yg solehah

    National autoshow.http://gilamodified.blogspot.com/2011/10/national-autoshow-bukit-jalil-oct-1.html

    BalasPadam
  28. Masih lagi berusaha untuk jadi yang terbaik, insyaAllah.

    BalasPadam
  29. Salam;
    Harap2 apa yang didambarkan menjadi kenyataan dengan izin Allah...

    BalasPadam
  30. thanks for sharing..moge mnjadi wanita solehah..aminn..

    BalasPadam
  31. buat saya bermuhasabah diri semula~

    BalasPadam
  32. smoga dipertemukan jodoh dgn wanita solehah.. :)

    BalasPadam
  33. org lelaki pun perlu perbaiki diri jugak

    BalasPadam
  34. entry yg mgajak kita muhasabah diri. :D

    BalasPadam
  35. wanita solehah buat lelaki soleh

    BalasPadam
  36. jgn nilai seseorang itu dari luaran sahaja...tak semestinya baik di luar..baik juga di dalam... :)

    muhasabah diri....

    terima kasih atas perkongsian ini.. :)

    BalasPadam
  37. sama2 la kita memperbaiki kelemahan diri masing masing.. :) sesungguhnya Allah maha pengasih lagi maha Penyayang.. :)

    BalasPadam
  38. Nice entry.. semoga kamu dipertemukan jodoh dgn perempuan yang solehah. AMIN.

    BalasPadam
  39. like ur entry dik....sgt bermakna..

    BalasPadam
  40. Thanks 4 sharing..
    Sgt bermanafaat :)

    BalasPadam
  41. thanks. suka info ni..
    ternyata wanita solehah adalah benar2 solehah :')

    BalasPadam
  42. entry yg menarik minat prince utk membacenya =)

    BalasPadam
  43. kaloi sedang berusaha jd wanita solehah !! yeah hehehe


    time kasih nanti dtg renang lagi yerk ^__^

    BalasPadam
  44. hanya perlu menjadi diri sendiri yg mana mengenal jati diri dan menginsafi semua perkara yg pernah kiat perbuatkan. talk less but do more. it will be effective then.

    semoga kita bisa menjadi insan yg cemerlang dari semua segi even though kita tahu manusia tidak pernah bisa sempurna cause nobody is perfect.

    BalasPadam
  45. berharap utk jdik wnita solehah huk3..
    lps nih kne usaha utk berubah ke arah y lebih bek..
    nice entry bro.. hehehe

    BalasPadam
  46. memang entri yang sangat bermanfaat untuk dibaca...:D

    semua tu bermula dengan diri kita dulu...

    BalasPadam
  47. macam aku tak terselit je kat situ . hermmmm

    BalasPadam
  48. susah jugak nk cari wanita solehah nie .. nk buat bini la katekan =)

    BalasPadam
  49. saya nak jadi wanita solehah insyaallah pasti...

    BalasPadam
  50. jika ingin yg solehah..jadilah yg soleh..
    juga sebaliknya~~

    ^^

    BalasPadam
  51. selamat malam zul...
    wah!!!
    kamu berkongsi sesuatu yang betul2 bagus dalam dunia kini..
    semoga k.ayu dan sahabat diluar sama2 memperbaiki diri..
    moga kita kearah kebaikkan.. amin

    BalasPadam
  52. nice entry..
    entry awk ne buat sy terfikir tntang diri sy..
    diri sy yg masih bnyk kkeurangan..dan masih belajar utk menjadi wanita yg sperti di sebutkan dlm entry ini..

    BalasPadam
  53. aku suka entry ko yg nie ^^
    like23456789~

    betul tu...wanita perlukan pembimbing..jika semua lelaki yg baik2 hanya memilih wanita yg dah memang mempunyai pggn agama yg baik bagaimana pula dgn wanita yg kurg mendapat didikan agama nie..dorg tetap ada peluang utk mendapat lelaki yg baik andai ada pemimpin yg dapat mendorong mereka kearah kebaikan..ngeh3 :)

    BalasPadam
  54. aku suka sangat2 entri ni , walaupun aku baca ada yang skip coz ada yang dah pernah aku baca .

    BalasPadam
  55. kupasan dalam enti nih bagus sekali... suci dalm debu...

    benar sekali.. wanita itu perlukan pimpinan.. kadang2 bukan dia yang memilih, tepi terpaksa.. hadirlah kaum lelaki yang boleh membimbing dia kembali ke jalan Ilahi, bukan lelaki yang hanya mengambil kesemptan atas kelemahan..kan???

    BalasPadam
  56. wanita solehah..hmm..jauh lagi nak capai..tapi tetap akan berusaha..insyaAllah :)

    BalasPadam
  57. sama2 lah kita perbaiki diri.. lelaki dan perempuan adalah saling memerlukan dan saling melengkapi oleh itu untuk berubah juga kedua-duanya baik lelaki atau perempuan kena berubah kpd yang baik utk mendapat kebaikan yg kita inginkan...

    mcm mana kita nak dpt baik sedangkan kita sendiri x baik? contohlah... so walau ape2 pun kita perlu sama-sama menuju kebaikan... :)

    nice entri!

    http://queenofbutterfly.blogspot.com/2011/09/terima-kasih-part-1.html

    BalasPadam
  58. Jangan cari 'En.Soleh'
    Jangan cari 'cik Solehah'

    DIA penentu yang terbaik untuk kita
    Mari berusaha memperBAIK diri ...

    Terima Kasih atas perkogsian

    BalasPadam
  59. alangkah bagus lau adew lagi lelaki yang sanggup membimbing wanita ke arah kebaikan dan bukan kehancuran dirinya .

    BalasPadam
  60. atok setuju...ni dah nak start cari calon ke ni? huhu

    BalasPadam
  61. like entry. sentiasa berusaha yang terbaik bermula dari segumpal dagign dlm tubuh >> hati.

    BalasPadam
  62. Aku suka sangat entri2 n point ko tu. harap2 bini aku cam tu. amin. sejuk hidup

    BalasPadam
  63. Senang je nak senang bukan susah nak senang..begitu juga dengan nak jadi muslimah solehah tapi harap-harap jadilah seperti tu amin..doakan ya

    BalasPadam
  64. nice info... :)
    ramainyer orang komen...

    BalasPadam

Terima Kasih :D