+60 111-684 0717 BLOG PENULISAN ZUL FATTAH

Jumaat, 16 September 2011

Sekadar Pesanan Sahabat kepada Sahabat

9:16:00 PTG

Share it Please

Terlebih dahulu, ingin aku katakan yang aku bukanlah orang bijak pandai untuk membincangkan isu yang berat-berat. Namun setakat mana yang aku mampu, saya akan sampaikan. Kerana setiap dari kita Muslim, dakwah adalah amanah.

Aku nk ajak para pembaca untuk renungkan penyataan di bawah ini, yang aku ambil dari entri di Cursing Malay yang berkisar tentang pembangunan Islam di negara kita. Sejauh manakah kebenarannya?

Selagi lifestyle majoriti orang Melayu kat Malaysia ni berorientasikan hiburan, kebaratan, kita takkan cukup kuat untuk melawan gerakan diorang ni kerana mereka percaya dan amalkan ajaran diorang. Kita percaya ajaran Islam tapi kita amalkan kehidupan diorang.

Ingat lagi tak, tidak lama dahulu, dunia digemparkan dengan kekejaman berdarah Israel terhadap Palestin. 800 jiwa saudara kita gugur dalam masa dua minggu sahaja. Pembunuhan beramai-ramai yang dilakukan secara terang-terangan. Di mana kita pada waktu itu?

Kita ada di sini, di negara Malaysia yang aman sentosa. Sibuk nak tahu tentang kisah Norman Hakim yang bermain kayu tiga. Sibuk teruja dengan perkahwinan Mawi yang mega. Sibuk mengundi untuk Raja Lawak dan Akademi Fantasia.

Bullshit.

Kenapalah kita perlu duduk terlopong di depan TV, menyaksikan kehidupan seharian sekumpulan remaja yang kerjanya terkinja-kinja. Kenapa tak disiarkan sekali adengan mereka berak, ataupun tidur berdengkur, sambil mengorek hidung. Dah nama rancangan realiti kan.

Kenapalah kita nak tahu sangat bila Artis A berkasih dengan Artis B, bila Janda D keluar dengan Tengku E. Bukanlah kita ada pertalian darah dengan mereka pun. Bukanlah mereka tu bekas rakan sekelas kita pun.

Budaya mengumpat dan memfitnah bagaikan satu normal biasa yang berlaku setiap hari. Pemikiran kita disekat dan dibantutkan dari berfikir tentang perkara-perkara yang lebih penting. Kita disuapkan dengan dadah hedonisma.

Korang tidaklah keterlaluan seperti kes yang disebutkan di atas, kan. Mungkin juga. Tapi ingat, godaan itu datang dalam bentuk yang kecil-kecil. Perlahan-lahan ia menghakis sedikit demi sedikit keimanan dalam diri.

Ya Allah, semoga teguran ini membawa manfaat kepada diri aku sendiri terutamanya, dan juga orang-orang yang aku sayangi, dan orang-orang di sekelilingku...

Sama-samalah kita renungkan..

49 comments:

  1. umat Islam semakin hlg sifat Islamnye..dunia akhr zmn...
    kdg2 org barat lg hebat b'bicara tntg Islam..mereka m'kaji agama kte,tp kte???huhu...cdey~

    BalasPadam
  2. errrmmm...setuju sgat dgn apa yg diperkatakan..nice entry...
    hanya doa yg mampu kuhulurkan..

    BalasPadam
  3. ; gud entry...bile da besar,,,byk cabaran kene hadapi kan...hmmm~ nak atasi sgt susah tp bende simple je sbgai umat islam...'termnung skjap'

    BalasPadam
  4. sekarang ni mmg banyak hiburan semata-mata..huuuhh~

    BalasPadam
  5. mcm mcm la org kita kn skrg ni. esh. esh. budaya kan..

    BalasPadam
  6. insyaallah. terima kasih atas teguran ini.

    BalasPadam
  7. bila budaya barat dah rosakkn pemikiran anak bangsa MELAYU..

    BalasPadam
  8. semoga kit eterlindung dari semua ni kannnn
    aminnnnnn

    BalasPadam
  9. keseronokan lebih diutamakan...iman makin nipis...segala nye dipandang remeh huhuhu

    BalasPadam
  10. memang perit..tapi itu la reality nya~~

    Islam hnya pd ic..

    BalasPadam
  11. realiti. masing2 harus ada kesedaran. malaysia aman, seharusnya inilah masa untuk beramal ke arah yang lebih baik.erm...

    BalasPadam
  12. the ugly truth...semua orang tahu hakikatnya...tapi still doing nothing...nice entry zul..keep it up...

    sambutan satu malaysia sepatutnya bukan ke arah hiburan semata2..muhasabah diri pun perlu jugak.. manusia cepat lalai dek arus pembangunan..nauzubillah..renungan bersama

    BalasPadam
  13. kb cuba kurangkan tgk tv dan amik tahu hal2 artis.. blog pasl artis pun dijauhkan.. :(

    leka dgn hiburan

    BalasPadam
  14. kdg2 kita terlupa dgn kesenangan hidup d dunia yg tak menjanjikan kesenangan d akhirat kelak.. leka dgn sesuatu yg x penting sebenarnya..

    BalasPadam
  15. terimakasih atas peringatan ini dan berharap tak akan terjerumus dalam hal2 sebegini Amin

    BalasPadam
  16. ermm..dunia zaman skarang..
    bgus untry ni utk pringatan kita bsama :)

    BalasPadam
  17. ak suka entri ni zul,sbb sebelum ni ak pn ada smpaikan isu yg sama tntang bnda mcm ni...secara tak sedar kita leka dgn dunia semata,hiburan ada dimana2..akhirat dilupa semua..fitnah dunia

    BalasPadam
  18. trma ksih krana mngingtkan...
    btul la...skarng kter sllu didodoikan dngan hburn tak brasas...
    ajran agama ditinggalkan...
    Ya Allah, ampunilah dosa kami...

    BalasPadam
  19. bila urusan dunia dilebihkan, tu pasal jadi begitu

    BalasPadam
  20. tulah, org lbh suke ckp2 psl gosip artis lg kan..pdhal byk lg bnda2 lain yg lbh penting utk dibincangkan..
    thanx tuk renungan ini

    BalasPadam
  21. Sebab kita dari dulu memang disogok dengan hiburan...hiburan..hiburan.. sedihhh..

    BalasPadam
  22. TQ krn mengingatkn fatah....

    BalasPadam
  23. dunia akhir zaman..
    mcm2 leh blaku,,,
    hipokrit pun ramai,,
    jd ulama pun ramai,,,
    artis pun smakin ramai,,
    kanak2 pun sibuk jd artis,,
    dunia hiburan menguasai dunia,,
    mmg ketara nampaknya,,,
    konsert penuh diserbu..even hujan menyerang,,tp time forum agama,,,leh dibilang hadirin,,alasan hjan,,ada ank kcik,ish mcm..
    moga kita tidak menjadi golongan lalai,,

    BalasPadam
  24. makseh bagi aku modal nak khutbah mggu depan

    BalasPadam
  25. thanks sharing!

    dunia akhir zaman.
    memang banyak perkara yang melalaikan

    BalasPadam
  26. i thought itu adalah fenomena buat tika ini..after this, apa pula perkara yg mahu digembar-gemburkan?? i'm quite weird to those people yg alert akan perihal yg tidak penting sama skali :O

    lebih baik kita berdoa yg terbaik untuk kebaikan semua :)

    BalasPadam
  27. umat Islam dh semakin lalai , hiburan merupakan senjata halus org kuffar utk melemahkan kita semua

    BalasPadam
  28. entry menarik bg teguran membina,. biar lah yg membacanya buka mata hati sdar dgn ape yg berlaku sekeliling kte..umat Islam smkin ari smakin lupa pd agama yg syumul nie.. lebih m'halalkn cre tnpa syarait yg dtetapkan..kdgkala malu krna terlalu ingnkn dunia hedonisme spnjg masa... renungan dn ingtn buat diri ni juga...

    BalasPadam
  29. hmm..tulah kan.kadang-kadang kita ni tak sedar apa yg kita buat.yg penting,kalau dah sedar tu sila la berubah.jgn sampai dah tak boleh nak berubah esok,baru nak tau..

    p/s : muhasabah diri

    BalasPadam
  30. thanks utk peringatan ni..cik tom selalu jgk camtu...alpa dgn keduniaan..

    BalasPadam
  31. balas kunjungan..perkongsian yg cukup menarik...ramai yg x bapee nk sedar tentang hal ni..nak tukar link dhn fattah la..^_^

    BalasPadam
  32. balas kunjungan..perkongsian yg cukup menarik...ramai yg x bapee nk sedar tentang hal ni..nak tukar link dhn fattah la..^_^

    BalasPadam
  33. inna suka entry ini...
    thumbs up!
    budaya hedonisme rasanya memang dah menular dlm diri masyarakt kita..rasanya inna pun tkadang jd lalai dgn godaan duniawi smpai tlupa dgn tanggungjawab yg sebenarnya kat muka bumi nie...

    BalasPadam
  34. sangat suka dgn entyr nie..
    ~kt kat cnie aman sentosa sbb tuelah seperti kurang mensyukuri nikmat kemerdekaan itu sendiri..hurm..

    BalasPadam
  35. lumrah manusia. selagi belum kena diri sendiri, selagi tu sibuk berhiburan. :)

    BalasPadam
  36. bro ! wa salute lu bro :)
    berani tegakkan kebenaran.. biar pedas .. biar dorang terasa !

    BalasPadam
  37. dunia sekarang ni penuh cabaran untuk umat Islam..

    BalasPadam
  38. thanks untuk nasihat ni zul... memang betul.. kadang2 kita menjadi buta kerana kebiasaan... hurm.. itu masih sebahgian dari penjajahan sebenarnya..hurm..

    BalasPadam

Terima Kasih :D