+60 111-684 0717 BLOG PENULISAN ZUL FATTAH

Selasa, 9 Ogos 2011

Aku Baru Tahu Maksud Zalim...

11:34:00 PTG

Share it Please

Setelah aku mengikuti  usrah, baru aku tahu, Apa itu ZALIM.. Aku ingatkan Zalim ni, kejam, jahat dan macam2 lagi la, yg sewaktu dengan nya.. Memang bodoh r rasa masa tu.. Aku ditanya Apa itu maksud ZALIM..?
Aku tak tahu dow..aku tak dapat jawab r.. tapi setelah dijelaskan oleh Naqib, aku mula faham.. huhu..


Ok.. aku cuba jelaskan apa yg aku masih ingat lagi.. sebelum aku lupa, baik aku tulis disini.. haha..amacam..?
Korang tahu tak apa itu maksud ZALIM?


Maksud zalim dari segi istilah ialah tidak meletakkan sesuatu pada tempatnya. Lawannya ialah adil. Zalim boleh dibahagikan kepada 3 golongan iaitu:


• Zalim pada diri sendiri
• Zalim kepada orang lain
• Zalim pada diri sendiri serta menzalimi orang lain


Zalim pada diri sendiri boleh ditakrifkan sebagai orang yang melakukan sesuatu perbuatan yang bercanggah dari sudut agama sedangkan dia tahu perbuatan itu salah dan berdosa. Contohnya seseorang yang minum arak serta berjudi sedangkan dia tahu ada dalil yang menyatakan bahawa arak dan judi itu mudharat serta haram di sisi agama, setelah itu mereka mendustakan ayat-ayat Allah dengan mengatakan tidak apa-apa minum arak...Contoh lain ialah seorang lelaki yang melancap, dia tahu yang melancap itu salah dan tidak disalurkan ditempat yang sepatutnya..


 Firman Allah S.W.T dalam Surah Ali Imran, Ayat 94 bermaksud:


“Maka barangsiapa mengada-adakan dusta kepada Allah sesudah itu, maka merekalah orang-orang yang zalim.”


Cenderung kepada orang zalim pula terletak kepada kecenderungan hati dan kebergantungan kepada orang zalim sama ada lemah pendirian ataupun bergantung harap. Sufyan al-Thauri pernah ditanya oleh seseorang, “aku bekerja sebagai penjahit untuk si zalim itu. Apakah aku termasuk di dalam golongan orang cenderung kepada si zalim? (merujuk ayat surah Hud ini)”.


Sufyan al-Thauri menjawab, “tidak! Bahkan engkau termasuk di dalam golongan manusia yang zalim. Ada pun mereka yang cenderung kepada si zalim (yang disebutkan oleh surah Hud itu) ialah mereka yang menjual jarum kepadamu untuk kamu menjahit!”


Istiqamah itu sangat berkait rapat dengan keseimbangan. Kegagalan untuk mengimbangkan diri akan menggagalkan istiqamah. Contohnya seorang yang meniti di atas jambatan lurus hendaklah meberi sepenuh konsentrasi untuk mengimbangkan diri kerana jambatan itu terus lurus, namun kegagalan kita mengimbangkan diri dalam perjalanan itulah yang akan menjadikan kita terjerumus.

sekadar untuk mengingatkan diri aku sendiri dan korang semua apa itu maksud ZALIM..

rujukan hadis  disini

7 comments:

  1. satu peringatan yang berguna untuk semua...

    thanks fattah!!

    BalasPadam
  2. janganlah kita menzalimi diri sendiri dan orang lain.. perkongsian yang baik.. thanks zul..:)

    BalasPadam
  3. owh..baru saya tahu. info sangat berguna ni.

    MOHD NASER.com

    BalasPadam
  4. sekolah dulu dah belajar.

    tq sebab mengingatkan semula..

    BalasPadam
  5. @permata biru : sama2

    @abg Nasz : yup..sekadar utk mengingatkan diri kita..

    @izfanora : wcome.. ingat mengingat budaya kita

    BalasPadam
  6. betul, sekolah dlu ade belajar, tapi semakin meningkat dewasa ni, banyak yg dah dilupakan T_T

    BalasPadam

Terima Kasih :D