Doa Pagi Hari Ini

Julai 19, 2011


Bismillah.
Aku mulakan pagi Selasa ini dengan doa dan harapan, semoga semua urusan hari ini dan seterusnya yang mempunyai nilai kebaikan di sisi Allah dipermudahkan olehNya.
Segala perkara buruk dan jahat serta maksiat di sisi Allah , ditegahi dari terjadi.
Diberikan kesihatan yang baik dan bermanfaat, ketenangan jiwa dan hati, dilapangan dada serta fikiran.
Kami berpagi, Ya Allah dan berpagi kerajaan bagi Allah, Tuhan sekelian alam.
Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku meminta akan dikau kebaikan hari ini iaitu pembukaan, kemenangan, cahayanya, keberkatannya dan hidayahnya dan aku berlindung dengan Mu dari sebarang kejahatan yang ada pada hari ini dan sebarang kejahatan selepasnya.
Ya Allah, aku berlindung dengan Mu dari kerunsingan dan dukacita, aku berlindung dengan Mu dari sifat malas, aku berlindung dengan Mu dari sifat penakut dan bakhil, aku berlindung dengan Mu dari bebanan hutang dan penindasan lelaki.

2 ulasan:

Terima Kasih :D

Dikuasakan oleh Blogger.