Adakah cukup sekadar berniat wuduk?

Julai 28, 2011
 

Sekadar mengingatkan diri aku ini..yg masih lagi leka dengan duniawi.. sudah acap kali aku baca dan aku lakukan, tapi aku masih juga lupa utk berniat.. aku mudah lupa apa yg aku pelajari... Fuhh,,sungguh kuat dugaan utk berubahkan.. susah..tapi aku nk jugak buat, apa yg aku pelajari.. cuma usaha yg konsisten perlu aku lakukan...
Mungkin korang semua sudah tahu kan?..

1. Ketika berkumur, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, ampunilah dosa mulut dan lidahku ini".
2. Ketika membasuh muka, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, putihkanlah mukaku di akhirat kelak, Janganlah Kau hitamkan muka ku ini".
3. Ketika membasuh tangan kanan, berniatlah kamu dengan,"Ya Allah, berikanlah hisab-hisab ku di tangan     kanan ku ini".
4. Ketika membasuh tangan kiri, berniatlah kamu dengan,"Ya Allah, janganlah Kau berikan hisab-hisab ku di tangan kiri ku ini".
5. Ketika membasuh kepala, berniatlah kamu dengan,"Ya Allah, lindunganlah daku dari terik matahari di padang Masyar dengan Arasy Mu".
6. Ketika membasuh telinga, berniatlah kamu dengan,"Ya Allah, ampunilah dosa telinga ku ini".
7. Ketika membasuh kaki kanan, berniatlah kamu dengan."Ya Allah, permudahkanlah aku melintasi titian Siratul Mustaqqim".
8. Ketika membasuh kaki kiri, berniatlah kamu dengan,"Ya Allah, bawakanlah daku pergi ke masjid-masjid, surau-surau dan bukan tempat-tempat maksiat".

Penjelasan ringkas:
1. Kita hari-hari bercakap benda-benda yang tak berfaedah
2. Ahli syurga mukanya putih berseri-seri
3. Ahli syurga diberikan hisab-hisabnya di tangan kanan
4. Ahli neraka diberikan hisab-hisabnya di tangan kiri
5. Panas di Padang Masyar macam matahari sejengkal di atas kepala
6. Hari-hari mendengar orang mengumpat, memfitnah dll
7. Ahli syurga melintasi titian dengan pantas sekali
8. Qada' dan Qadar kita di tangan Allah

Cukup la. sekadar utk mengingat sesama kita..kalau ada silap harap betulkan yup.. peace yo..

7 ulasan:

Terima Kasih :D

Dikuasakan oleh Blogger.