+60 111-684 0717 BLOG PENULISAN ZUL FATTAH

Khamis, 3 November 2011

Tips Memilih Kasut Futsal..

8:05:00 PTG

Share it Please
Anda pemain futsal sepenuh masa? atau sekadar bermain suka-suka? atau berfutsal memang gaya hidup anda? haa. tak kira la laki ke pompuan ke.

kalau dah gila futsal tu sanggup berhabis beli kasut memahal. kasut cikai-cikai tanak. betol kan? hehe. bukan nak menunjuk ke ape, aku pun salah seorang drp mereka yg mementingkan kualiti kasut time futsal. kang nanti ade plak baru jer beli, sekali jer rembat bola, dah barai. pernah terjadi kot. adoii. so tanpa membuang tenaga korang membaca, jom cekedautt!!

1. Bajet.
- perkara terpenting ni. kalau duit tak cukup mcm mana nak beli yedakk? haa. since kasut futsal kat market sekarang ni lebih kurang rm100++ (orang dah anggap mahal tau) , bajet mesti lebih. lebih-lebih lagi kepada mereka yg bercita-rasa tinggi. nak pakai Adidas & Nike jer. kasut brand lain tak mahu pakai. haha. kasut murah ade. yang bawah rm100. tapi macam tak boleh nak harap sangat ketahanan dia tu. hehe

2. Pilih tapak kasut yg tak cepat haus.
- haa. camne nak bezakan tapak yg cepat haus atau tidak? mengikut pengalaman aku berkecimpung dalam bab2 kasut futsal ni, tapak kasut Adidas lebih tahan drp kaut Nike. siyes!..sebab aku pernah guna la kasut nike.. tapak dia dah separh haus.. baru 6 bulan aku beli.. lagi satu... jahitan benang dia mudah putus.. Susah r mcam ni...Selalu kena repair...Huhhu

ni kasut nike aku...tak puas hati r dengan kasut ni.. tak tahan lama..
3. Pilih ikut bentuk kaki.
- ni ramai orang silap time beli kasut futsal. dah tau kaki lebar tapi tetap beli kasut futsal yang bergred slim. contohnya Nike Mercurial Vapor. ala yg macam Ronaldo pakai tu. tapi ni versi kasut futsal. kalau kaki jenis lurus & slim boley la. kasut pun tak cepat rosak dek kerana kaki lebar anda. koyak kulit kasut nanti. kalau kaki lebar, aku syorkan Adidas. most of em' sesuai. sebelum beli,kasut mestilah ngam-ngam dengan kaki tapi pastikan ada ruang 1 inci antara depan kasut dengan ibu jari kaki. lagi satu jangan ketat sangat. jangan longgar sangat. lagi bagus kalau betol-betol fit sebab kasut ni senang mengembang kalau dah lame-lame pakai. fit dan selesa best. memudahkan untuk merembat bola dan gol!!

sesuai untuk kaki lebar.
orang kaki slim & lurus sesuai pakai Mercurial ni.

4. Warna.
- pilih kaler yg gelap jika anda pemain agresif. hehe. yela. kalau kasut putih main ganas, calar itam sana sini la nanti. syg kot! satu lagi kalau jenis korang yg pentingkan gaya, pilih la warna terang-terang. kuning ke. hijau ke. orange ke. baru nampak style duhh kalau time main! haha. most pompuan yg aku jumpa main futsal pakai kasut pink. nampak hott!!

5. Ringan.
- kasut berat berat tak bagus. so pilih ringan punya. senang nak lari laju-laju macam Ronaldo . hehe

          Aku pun masih baru lagi ni.. dalam dunia futsal.. jadi apa yg aku tahu a...setakat nie je..
 praktikkan time nak beli kasut futsal okay. jangan masuk kedai, angkat letak angat letak, then beli. tak profesional lah. jom berfutsal! ;)

p/s: member aku nak tahu cara-cara nak beli kasut futsal, jadi aku postkan semula entry lama aku ni.. haha
tak pe kan? renewpost?

16 comments:

  1. walah..kawe minat mercurial..tapi kaki lebar pulok..hua3..

    BalasPadam
  2. tips nak beli kasut kawin? hheeee

    BalasPadam
  3. kalau saya nak beli kasut:

    pertama memang saya tgk bajet, kedua saya tgk lawa x...
    ketiga saya cuba..
    keempat kalau selesa beli...

    heheh... x kisah la kasut apa pon nak beli...:)

    tapi dulu lecturer hoki saya memang suka barang adidas... katanya sapa pakai jenama adidas komfem A... huhuhu.. tapi pakai jenama pasar malam pon dapat A gak... keh3...:)

    x pernah main futsal..:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Suke kot cre kau:)

      Padam
  4. p kasut futsal kira mahal la kan..huhuhuhuhu.....by da way,saya tag awak kat cni..http://bloggadys87.blogspot.com/2011/11/saya-di-tag.html..TQ

    BalasPadam
  5. boleh ajer.. tapi aku tak minat pulak futsal.. hehehe.. ;p

    BalasPadam
  6. aku baru je dlm dunia futsal..
    belasah je sportshoes biasa tu..
    mmg tak best pon,,
    tgu ada duit lebih2 tak guna kang nk jgk beli ;-D
    mekasih la bg tips..

    BalasPadam
  7. kekeke
    layaaaannn ajee
    kot bakal suami main futsal
    hehehe =p

    BalasPadam
  8. masuk ni aku dah beli 3 pasang kasut futsal semua koyak kat tapak tak tahan langsung..

    ★°°•.★°°•.★°°•.★°°•.★°°•.★
    Selamat Hari Raya Aidil Adha
    pada Korang semua yerr
    ★°°•.★°°•.★°°•.★°°•.★°°•.★
    diy polishing head lamp kereta

    BalasPadam
  9. nasib baik atok kaki bangku..huhu

    BalasPadam
  10. best gila main futsal

    BalasPadam
  11. Aku baru beli mercurial vortex ic smlm..rm 210.. tbe2 x ngam dgn kaki aku sebab lebarr.. mule2 rse ok je,, smpai umah bru trase ketad sbb kaki lebar,,esok nk pi beli adidas .. adesss.. silap mnyesalll

    BalasPadam
    Balasan
    1. la.. apasal tak try dlu.. lari2 dlu.. rasa x ketat dn x longgar ko angkut je la kasut tu..

      Padam
  12. kasut kite warna oren merah.. ;) hehehe.. tapi la ni tersadai dekat rumah sebab dah lama tak main futsal.

    BalasPadam

Terima Kasih :D