Kaki Aku naik Ketuat la..Macam mana ni..?

Jun 25, 2011
Aduh..masalah besar ni..lepas satu...selesai masalah..dua pulak yg timbul..haha..Arghh..semu itu aku tak kisah la..Apa yg penting..aku nak bagi hilang ketuat aku ni..Alaa..benda ni naik di kaki aku la...Baru jew..Aku ingat dulu, masa dia kecik2..tahi lalat..bila dah besar..jadi ketuat pulak..Memang tak best r..Nanti..tak pasal2,aku orang cop..sebagai pemalas..kaki tidur.. dan sebagainya la..asalkan berkaitan dengan malas.. Sat..sat..sebelum tu..aku nak tanya korang..? Betul kew..? kalau kaki orang tu naik ketuat.. orang tu pemalas..? haha.. Kalau betul la.. memang betul la..aku kan pemalas. ... haha...hidup pun dah macam pahat dengan penukul jew..sekali orang suruh..sekali tu jew aku buat..huhu..

ee...tangan sapa la ni..
Ok..ada sapa-sapa sini yg tak kenal KETUAT tu apa? Mai cakap kat aku...Sapa yg tak pernah naik KETUAT lagii.? angkat kaki cepat..!! Ok..biar aku jelaskan..ketuat tu binatang apa..?
KETUAT atau `warts' merupakan sejenis penyakit kulit yang kerap terjadi menyebabkan kita memandang remeh kesan penyakit tersebut terhadap kehidupan seharian kita.
Sedangkan ketuat sekiranya dibiarkan berlarutan boleh merebak ke lain-lain bahagian badan serta menjangkiti orang yang dekat dengan kita.
Menurut pakar Perubatan dan Penyakit Kulit, Klinik Perubatan dan Kulit Cheras, Dr. Saadiah Sulaiman, ketuat adalah disebabkan oleh virus Human Papilloma (HPV).
Mana-mana bahagian kulit boleh dijangkiti terutama di tangan, jari dan kaki. Bahagian yang dijangkiti akan mula menimbul, keras manakala permukaannya menjadi kasar.Ketuat merupakan satu masalah yang biasanya tidak diambil berat melainkan jika ianya berada di tempat yang mengganggu seperti di tangan ataupun di tapak kaki...Walaupun begitu ada beberapa cara yang boleh dilakukan untuk menghilangkannya, antaranya ialah;
  1. Bancuh abu ubat nyamuk dengan air. Sapukan pada ketuat setiap hari sehingga ianya hilang.
  2. Sapukan sedikit kapur sirih pada bahagian yang ditumbuhi ketuat. Biarkan kering beberapa minit dan jangan dibersihkan. Biasanya ketuat ini akan tanggal dengan sendirinya tanpa rasa pedih dan meninggalkan parut.
  3. Ketika memasak dan menggoreng ikan, celupkan lidi atau batang sate ke dalam minyak panas, kemudian titikkan pada ketuat tersebut. Lakukan beberapa kali sehingga ketuat itu hilang.
  4. Sapukan getah dari pelepah betik yang dipetik terus dari pokoknya ke atas ketuat. Biarkan ia kering sendiri. Lakukan beberapa kali sehingga ketuat hilang dan gugur sendiri.
  5. Tumbuk lumat empat helai daun kesum kemudian campurkan dengan sedikit garam halus. Sapukan campuran ini pada ketuat.
Haaa..sudah faham bukan..siap dengan cara2 nk buang ketuat tu sekali..so..sapa yg ada ketuat..Jom..kita cuba cara ni..aku nk try r dulu..nk buag ketuat di kaki ni..kalau tak sembuh juga..aku kena guna cara aku r..alaa..senang jew.. korang ambik pisau..hiris jew ketuat tu denga pisau..Aku pernah buat kot..macam tu..terus tak naik..lama dah aku buat cam tu.. ni baru naik semula..tapi..berdarah r,..2 jam bdarah x behenti...ee..sapa yg takut darah..aku nasihatkan..x payah buat k..

Utk keterangan lanjut:
 maksud ketuat di sini
petua menyembuhkannya di  sini..

9 ulasan:

  1. kt kaki ok la......klau kt idung? haaaa!!! pengalaman nih.......i tak tipu.......gile la..nk mngis i dibuat nye....alhamdulillah hilang gak ketuat tu..... :)

    BalasPadam
  2. ketuat ni..tak sakit..tp..tangan ni..asyik nk kutis jew..
    haha.. sampai ke hidung naik..Bahaya tu..mesti x kluar rumah kn?

    BalasPadam
  3. wah takutmya ketuat...tak mau la kena.

    well follow awak...

    BalasPadam
  4. nice tips...bg sesiapa yg ade..:)



    JOM singgah blog saya nak...eh boleh ke nak LIKE..LIKE..LIKE?

    BalasPadam
  5. Assalamualaikum..
    saya masih sekolah rendah time 80 an dulu ada banyak gak ketuat ni...kalau kat betis tu bersusun...ade gak hiris dengan pisau,tapi makin parah sebab ketuat makin banyak tumbuh ikut aliran darah yg keluar tu...jadi sesapa yg terpikir nak hiris tu kena beringat jugak laa...cuma pesan orang tua-tua ( hak ni tahyul ) kalau ada kilat time nak hujan tu,kita cakap..." ambik ni kilat semo tuat aku..aku tokse" ( lughah ibundaku )maknanya kasi semua ketuat kita kat kilat....InsyaAllah ketuat kita hilang tak lama lepas tuu...hehehe..tapi satu je saya nak pesan kat sahabat...sebenarnya apa-apa penyakit kita ni hanya boleh hilang dengan izin Allah dengan permintaan kita yang ikhlas dan yakin bahawa Allah yang sembuhkan walaupun tanpa makan ubat sekalipun...

    Allah berfirman maksudnya..." Dan Mintalah pertolongan kepada Allah Taala dengan Sabar dan Sembahyang,sesungguhnya ia amatlah berat melainkan bagi orang-orang yang khusyuk."

    renung-renungkan dan cuba hayatinya...Wallahua'lam..

    BalasPadam
  6. @shah nabil: wah!!..bukan main no.. tima kasih untuk peringatan ini..Takhbir..

    BalasPadam
  7. g dekat farmasi , mnx ubat ketuat.. dia sejenis cercair... adik zaty pkai , alhmdllh .. dah hlng ketuat tu ..=)

    BalasPadam
  8. salam...saya ad pengalaman membuang ketuat. ketuat ni kalau buang cara betul ia tidak meninggalkan parut...saya gunakan duofilm tapi kat farmasi mahal nak murah senang jer if student mintak kat medik U mesti free kan...tunjuk kat die ketuat tu nanti die bagi ubat duofilm yang mahal tu secara free sbb kita student.

    BalasPadam

Terima Kasih :D

Dikuasakan oleh Blogger.